Home » , » 'Rakyat tak kisah PH tunai manifesto atau tidak, yang penting buang UMNO-BN' - KJ

'Rakyat tak kisah PH tunai manifesto atau tidak, yang penting buang UMNO-BN' - KJ

shamsulazlan | 05:43 | 0 comments

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpandangan bahawa, tidak penting untuk menilai prestasi 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH). Ini kerana rakya tidak kisah sama ada janji atau manifesto ditunaikan atau tidak.

"Media tanya saya berkenaan 100 hari kerajaan HARAPAN. Saya kata, rakyat tak kisah tentang janji 100 hari atau janji lain dalam manifesto.

"Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang Umno-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu,” tulisnya di Twitter, hari ini.

Menurut Khairy, matlamat utama rakyat Malaysia pada PRU14 lalu adalah menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disingkirkan dari Putrajaya. Malah katanya, rakyat juga berkata “lebih baik dari kamu (Umno-BN) dulu” dan “tak dapat tunai sebab hutang yang ditinggalkan BN.”

Walaupun begitu, UMNO dan BN hari ini katanya, perlu mencari strategi baru dan barisan kepimpinan perlu membuat perubahan untuk memenangi kepercayaan rakyat semula. 

"BN-Umno perlu halatuju baharu. Kepimpinan mesti berada di hadapan kelok perubahan. Dah sampai 100 hari. Patut fikir “what’s next?” Bukan masih jual naratif janji tidak ditunaikan. That’s done. Move on," katanya.

Hari ini genap 100 hari pentadbiran HARAPAN menerajui Putrajaya selepas menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu. 

Sumber: MalaysiaKini


from The Reporter https://ift.tt/2vSBCXR
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger