Home » , » (Video) 'Dia tiba-tiba mengamuk terus tumbuk hidung saya' - Pengsan dibelasah teman lelaki, mangsa buat laporan polis

(Video) 'Dia tiba-tiba mengamuk terus tumbuk hidung saya' - Pengsan dibelasah teman lelaki, mangsa buat laporan polis

shamsulazlan | 19:54 | 0 comments

"Kalau ada boyfriend jenis abusive, please la tinggal awal-awal sis. I took this video 3 hours ago," demikian tulis Syiff di Twitternya berhubung penemuan seorang wanita yang mendakwa dia dibelasah oleh teman lelakinya sehingga cedera. 

Menurut Syiff, dia bersama dengan teman lelakinya dalam perjalanan pulang dari Sunway Velocity sebelum terserempak dengan mangsa yang dikenali sebagai Ira. 

"Me and my boyfriend on the way balik dari Sunway Velocity, then suddenly atas highway ada suara perempuan minta tolong. 

"My boyfriend ikut kereta Myvi putih ini jauh tetapi tak nak stop sampai kat traffic light and this happen. 



"Then this girl cakap phone dia kena rampas dan worst thing is dia kena pukul sampai pengsan, darah dan bengkak. Kemudian bawa this girl to balai polis to make police report. Aku lost respect kat lelaki abusive macam ni. Sampah," katanya. 

Difahamkan, mangsa mengalami lebam di bahagian kepala, bengkak di tangan dan hidungya berdarah akibat dibelasah teman lelakinya yang berasal dari Perlis. 

"Keadaan perempuan itu, kepalanya lebam, tangan bengkak dan hidungnya berdarah. Boyfriend dia orang Perlis, datang ke Kuala Lumpur untuk study. Buat malu orang utara duk pukul anak dara orang. 

"Benda ini terjadi di area Tasik Permaisuri dan Cheras Sentral. Tolonglah bawa paper spray selepas ini walaupun keluar dengan boyfriend sendiri. Dunia semakin kejam dengan manusia binatang macam ni. 

"Sekarang dalam perjalanan ke Balai Polis Kajang sebab kes agak berat, melibatkan ugutan bunuh dan mungkin mamat itu ada sangkut dadah. 

"Perempuan itu cakap dia dah pengsan lama, so aku expect dia kena pukul tu waktu siang dan baru sedar bila dah malam. Lelaki itu ajak jumpa, konon nak berbincang tentang hal diorang then terus pukul lagi teruk bila perempuan itu kata nak buat laporan polis. 

"Lelaki itu kini berada di Balai Polis Kajang dan seperti biasa dia memutarbelitkan cerita dan kata perempuan itu pun ada pukul dia juga. Alahai bapak tak gentle mengadu macam ni dan kalau betul pun dia pukul, kudrat dia tak kuat macam seorang lelaki. Sampai pengsan kau buat dia lahai," katanya. 

Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa, teman lelakinya yang dikenali sebagai Syahmi mengajaknya untuk berjumpa pada jam 8 malam bagi menyelesaikan masalah di antara mereka. 

Sebaik saja mangsa masuk ke dalam kereta, dia terus ditumbuk di bahagian hidung dan kepala, oleh suspek yang secara tiba-tiba mengamuk.

Mangsa yang ketakutan meminta suspek memberhentikan kereta di Balai Polis Batu 9 Cheras kerana mahu membuat laporan polis, namun tidak diendahkan lalu ditumbuk di kepalanya beberapa kali. 


Menurut mangsa, suspek juga telah mengugut mahu membawanya ke kawasan hutan dan membunuhnya. 

Bagaimanapun, mangsa berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan dari orang awam yang kemudian membawanya ke balai untuk membuat laporan polis.


from The Reporter https://ift.tt/2NpwIbJ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger