Home » , » (Video) 'Kenapa sayang buat macam ini?' - Isteri menangis, suami dibelasah dan diikat kerana menyeluk saku

(Video) 'Kenapa sayang buat macam ini?' - Isteri menangis, suami dibelasah dan diikat kerana menyeluk saku

shamsulazlan | 19:16 | 0 comments

Hancur luluh hati seorang isteri apabila suaminya ditangkap dan dibelasah kerana mencuri beg duit seorang wanita dalam kejadian pagi semalam, lapor Berita Harian

Dalam kejadian jam 8.30 pagi Ahad, di Pasar Tamu Putatan, suspek didakwa cuba menyeluk beg duit seorang wanita, tetapi berjaya ditangkap oleh orang ramai selepas mangsa menjerit meminta pertolongan. 

Suspek dibelasah sebelum diikat, sementara menunggu kehadiran pihak polis. Namun tiba-tiba seorang wanita datang menghampiri dan memeluk suspek. 

"Kenapa sayang buat macam ini? Sepatutnya sayang di rumah waktu ini," rintih wanita itu yang dipercayai isteri suspek. 

Wanita itu menangis-nangis dan berulang kali bertanya mengapa suaminya melakukan perbuatan itu. 


Keadaan itu membuatkan orang ramai bresimpati dan dalam masa yang sama masih geram dengan perbuatan suspek yang cuba melakukan jenayah itu. 

Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Putatan untuk tindakan lanjut. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan suspek ditahan selepas disyaki melakukan jenayah seluk saku beg duit seornag wanita di kawasan pasar tamu berkenaan. 

"Suspek berusia dalam lingkungan 30-an ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri," katanya.


from The Reporter https://ift.tt/2BqBfZF
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger