Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 pagi berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra, mangsa berusia 24 tahun, bekerja sebagai jurujual ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Batu 42, Pulai.
Secara tiba-tiba, motosikal mangsa dihampiri dua suspek yang menarik beg disandang di bahunya selepas mereka menendang motosikal mangsa sebelum melarikan diri.
Akibat dari kejadian itu, mangsa terjatuh dan cedera di bahagian muka dan tangan.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 10.14 pagi dan terus bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan.
Setibanya di lokasi, mangsa yang cedera mendakwa dia diragut dua lelaki bermotosikal.
"Mangsa memaklumkan dua lelaki bermotosikal menarik beg yang disandang di bahunya sebelum menendang motosikalnya.
"Dua lelaki terbabit berjaya melarikan beg mangsa dan kami memberi bantuan awal sebelum menghantar mangsa ke Hospital Baling untuk rawatan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, pihaknya masih belum menerima laporan daripada mangsa atau keluarga.
Polis juga meminta orang ramai yang ternampak kejadian itu tampil untuk membantu siasatan.
from The Reporter https://ift.tt/2vMWsb2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment