"Cakap je la takde duit. Tak payah nak fikir-fikir. Haha!" demikian mesej yang dihantar oleh seorang individu yang mah umenjual Macbook Pro miliknya kepada pelanggan yang bertanya mengenai item tersebut.
Sudah menjadi kebiasaan untuk pelanggan bertanya tentang spesifikasi mengenai barangan yang mahu dibeli secara online. Namun, respon dari penjual ini agak biadab dan kurang cerdik.
Pelanggan pada awalnya mahu mempertimbangkan dulu, malangnya individu terbabit tanpa berfikir panjang terus memerlinya.
"Cakap sajalah tak ada duit, tak payah nak fikir-fikir. Hahaha," katanya.
"Sorry ah bro. Aku kalau boleh nak survey, nak cari color space grey. Bukannya tak ada duit. Macam ini cara adab kau layan customer? Post bukan main Islamic.
"Kalau maacm ini kau jual, nak beli pun tak syok dah. Jangan pandang remeh sangat dengan customer bro. Jaga adab tu dulu, biar cantik sama dengan post-post di wall ya," balas pelanggan berkenaan.
Malangnya, individu itu enggan menerima teguran dan terus bersikap biadab yang akhirnya menyebabkan dia kehilangan pelanggan yang berpotensi untuk membeli Macbook Pro beliau.
"Tak payah buang masa bro. Kalau tak suka, blah je. Kau ingat aku ada masa nak layan mesej kau?" katanya.
Sebaik viral mengenai kebiadaban individu itu, beberapa netizen yang pernah berurusan dengannya turut mendedahkan individu itu langsung tidak pernah berubah.
Namun lelaki itu tampil membuat permohonan maaf setelah menyedari dirinya dikecam netizen.
"Dengar cerita ramai buyer tak puas hati dengan saya. Boleh komen atau DM saya?
"Saya nak minta maaf kalau ada terkasar bahasa. Itu sahaja," tulisnya.
Sementara itu, pengendali Facebook Group Mac User juga telah mengambil maklum dengan isu membabitkan peniaga terbabit, dan telah menyekat lelaki itu dari terus mengiklankan barangannya dalam group tersebut.
"Tidak ada keinsafan pada dirinya dan menulis minta maaf setakat melepaskan batuk di tangga. Dia nak berniaga, biar dia berniaga di Mudah atau Carousell, ramai yang sehaluan dengannya," kata Ismail Ahmad.
Adab berniaga haruslah ada bagi memenangi hati pelanggan. Jangan sesekali memandang rendah pada pelanggan sedangkan peniaga tidak tahu latar belakangnya yang mungkin boleh menambahkan rezeki anda atau melingkupkan bisnes anda.
from The Reporter https://ift.tt/2PbtCIQ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment