Meskipun kelewatan itu berpunca dari pihak pertama, namun posmen yang bertugas pada hari kejadian di Ulu Tiram, Johor, telah dilempang sehingga cermin matanya pecah dan mengalami kecederaan kecil di bahagian hidung.
"Kawan saya yang posmen ini kena tampar sebab barang lambat sampai. Apa s*al manusia macam ni?
"Kalau tak puas hati, nak marah ke, pakai mulut. Ini sampai naik tangan apa cerita? Lagipun bukan salah dia barang lambat. Kerja dulu sebagai posmen baru tahu macam mana," tweet The GG (@xie_xiey).
"Dia baru saja berkahwin, baru saja dapat anak. Jauh pula dari anak dan isteri, struggle nak survive. Tetapi orang awam buat macam ini, agaklah.
"Nak cepat barang, pergi ambil sendiri. Ingat Pos Laju ini nak hantar barang awak seorang ke?" katanya lagi.
Sementara itu, netizen meluahkan rasa kasihan kepada mangsa yang menjadi mangsa kemarahan individu berkenaan. Malah, menyarankan mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Sy dah tolong sampaikan amanah. Ni jwpn dia pic.twitter.com/pxwkZP2gEe— THE GG (@xie_xiey) August 1, 2018
Ada netizen yang menawarkan diri untuk menggantikan cermin mata yang telah patah ketika dalam insiden yang tidak diingini itu. Tetapi mangsa enggan menerima dan bertegas mahu individu yang melempangnya itu menggantikan cermin matanya.
Difahamkan, mangsa yang bimbang dengan keselamatan dirinya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Difahamkan, mangsa yang bimbang dengan keselamatan dirinya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
from The Reporter https://ift.tt/2n5BLm9
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment