Home » , » 'Bila tudung tak jadi, isteri akan menyampah dengan semua benda terutamanya suami' - Hahahaha!

'Bila tudung tak jadi, isteri akan menyampah dengan semua benda terutamanya suami' - Hahahaha!

shamsulazlan | 05:26 | 0 comments

Wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan lebih-lebih lagi wanita yang berhijab.  Penggayaan busana dan juga hijab yang kini lebih stailo memikat ramai pembeli. Pelbagai corak dan jenama terkini tudung kian menghiasi pasaran. 

Apabila sudah memilih penggayaan yang sesuai, masalah lain pula timbul iaitu cara pemakaian tudung. Masalah ini boleh dikatakan terjadi kepada semua wanita. Percaya atau tidak, jika lilitan tudung atau bentuk muka tidak berada betul pada paksinya, seseorang wanita pasti sudah berasa resah dan gelisah. Jika berada di sesebuah majlis, sudah pasti tandas atau cermin kecil menjadi tempat para wanita membetulkan tudungnya.

Akhtar Syamir berkongsikan sebab-sebab mengapa tudung ‘wanita tak jadi'. Berdasarkan pendapatnya sebagai seorang lelaki, jika ditanyakan soalan samada tudung tersebut menjadi atau tidak, jawapannya sudah menjadi, cantik dan tiada cacat cela.

Jenis-Jenis Tudung Tak Jadi

Tudung tak jadi. Fenomena biasa yang dihadapi oleh semua wanita yang bertudung. Ia boleh mengawal, mempengaruhi dan menentukan mood seseorang wanita itu.

Jika pasangan anda tiba-tiba masam, mengeluh, nampak tidak selesa dan menyampah dengan semua benda terutamanya anda, besar kemungkinan disebabkan oleh tudung tak jadi.

Ia juga boleh membuatkan seseorang wanita itu tidak senang duduk dengan jarinya akan sentiasa membetulkan tudungnya setiap 2 saat.

Cermin akan menjadi benda yang paling dicari. Walaupun setelah keluar dari rumah. Pantang nampak cermin, pasti akan dibetulkan tudungnya.

Diikuti pula dengan memek muka yang tidak sesuai untuk selfie, mulut ke kiri dan ke kanan, kening, dahi berkerut ke tengah dan kadang-kalanya ke atas serta hembusan-hembusan yang pelik.

Fenomena ini sukar dilihat dengan mata kasar lelaki. Bagi kami, semuanya jadi. Semuanya sama. Tiada cacat celanya. Cantik dah tu, comel sangat, cun. Tapi, pada hakikatnya tudung si dia tak jadi.

Masa untuk memperbaiki tudung tak jadi ini masih lagi misteri. Ada yang kata 10 minit, ada yang sampai ke sudah tak jadi-jadi. Mereka akan fed up dan anda akan dipersalahkan. Haha.

Mengikut sumber suami yang boleh dipercayai, seorang wanita pernah menukar tudungnya beberapa kali hanya kerana tudung itu tidak jadi.

Terdapat juga laporan, ada yang berpatah balik ke rumah walaupun sudah sampai ke destinasi hanya untuk menukar tudung. Jika anda pernah mengalami situasi sebegini, bertabahlah.

Sekali lagi, apakah tudung tak jadi ini? Menjadi persoalan di benak fikiran lelaki bertahun-tahun lamanya. Soalan yang paling ditakuti lelaki bila ditanya, "Tudung I jadi tak?". 

Ini kerana, apa juga jawapan yang diberikan akan salah. Baik jangan jawab. Diorang takkan percaya. Senyum dan buat jari good je dan berharap si dia puas hati. Jika berjaya, masa bersiap pasangan akan berjaya dikurangkan sebanyak 50% !

Di atas keprihatinan akan masalah ini, saya BroOhsem dan mamaohsem telah mengambil inisiatif untuk menunjukkan 5 jenis dari 15 ribu sebab kenapa tudung seseorang wanita itu tak jadi. 

Di harap dengan ini dapat membantu para lelaki mengenalpasti kenapa tudung pasangan anda tak jadi.

Jenis tudung tak jadi yang mana paling anda sakit hati?








Jika anda ada lagi jenis tudung tak jadi, sila ajukan di komen. Kami akan tambah jenis ini dari masa ke semasa. Tak apa, saya sendiri akan gosokkan tudung model nie.

Diharap juga anda semua dapat tag pasangan masing-masing dan share supaya lebih ramai dapat manfaat bersama.



from The Reporter https://ift.tt/2n4GZOM
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger