Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida, pengasas produk kesihatan dan kecantikan Qu Puteh akhirnya membuat pengakuan bahawa beliau sudah bercerai dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin.
Merasa terkesan dengan penceraian itu, Vida bagaimanapun mengunci mulut mengenai punca perpisahan mereka.
Memetik mStar, Vida berkata, “Ya. Hubungan kami ibarat sudah di hujung tanduk, terlalu rapuh.”
“Setakat ini, saya tak nak komen lebih-lebih nanti takut tersalah komen pula.
“Sudah tentu terkesan juga. Kalau boleh kita nak hubungan itu kekal abadi, tapi kita hanya merancang, Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya,” katanya.
Susulan itu, Vida kini dilaporkan sedang melakukan proses penceraian secara rasmi.
Vida berkahwin buat kali ketiga dengan Fairuz pada Januari 2014.
The post Pengasas Qu Puteh, Datuk Seri Vida Sahkan Bercerai appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2orVheW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment