Home » , » Model Vogue Bunuh Diri

Model Vogue Bunuh Diri

shamsulazlan | 23:51 | 0 comments

Model yang pernah dipilih menghiasi muka depan majalah Vogue di India, telah dilaporkan membunuh diri di bilik asramanya di Bangladesh.

Raudha Athif, 21, merupakan pelajar perubatan dan sedang menuntut di tahun dua di Kolej Perubatan Bank Islami di Rajshahi, Raudha berasal dari Maldives.

Mayatnya ditemui oleh rakan sekelasnya, minggu lepas. Menurut warden asrama, Mahmuda Begum, beliau sukar mempercayai Raudha membunuh diri kerana dia kelihatan selalu gembira.

“Saya berada dalam bilik saya apabila tiba-tiba mendengar jeritan pelajar. Saya berkejar ke tingkat dua dan mendapati pelajar lain cuba memecahkan pintu biliknya.

“Pintu itu dikunci dari dalam,” katanya.

Raudha menjadi sensasi internet selepas gambarnya yang dirakamkan oleh jurugambar Sotti bertajul `Maldivian Girl With Aqua Blue Eyes’ telah tersebar di media sosial.

Malahan bekas presiden Maldives turut memuji Raudha. Dia kemudiannya menjadi terkenal dan ditawarkan sebagai muka depan untuk Vogue India tahun lepas.

The post Model Vogue Bunuh Diri appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2nQHYDm
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger