Home » , » Hati-Hati, Kamera ‘Spy’ Penyangkut Baju Di Tandas Wanita

Hati-Hati, Kamera ‘Spy’ Penyangkut Baju Di Tandas Wanita

shamsulazlan | 04:15 | 0 comments

Kamera spy ada pelbagai bentuknya, malah juga berbentuk penyangkut baju biasa yang biasa dilihat di tandas awam.

Namun, jangan cepat ambil mudah kerana barangkali penyangkut baju tersebut tersembunyi di dalamnya kamera.

Seorang mahasiswa di sebuah kolej di Seremban, Negeri Sembilan terkejut besar menjumpai penyangkut baju berkamera ketika menggunakan tandas perempuan, semalam.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mahasiswa tersebut dikatakan mengesyaki penyangkut baju itu berbeza daripada biasa selepas mendapati terdapat memori kad di belakang objek tersebut.

Curiga dengan penemuan itu, dia kemudian memaklumkan kepada salah seorang staf kolej tersebut.

Menurut sumber, hasil pemeriksaan memori kad kamera tersebut mendapati ada dua rakaman video bagaimanapun ianya bukan video yang tidak senonoh.

Susulan itu, laporan polis telah dibua.

The post Hati-Hati, Kamera ‘Spy’ Penyangkut Baju Di Tandas Wanita appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2pgFI7d
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger