Semalam viral satu tweet bergambar yang mengadu tidak berpuas hati dikenakan caj ‘muntah cleaning’ sebanyak RM15 di sebuah restoran 24 jam pada jam 5 pagi.
Namun, gambar resit yang dimuat naik itu didakwa telah memfitnah pihak restoran berkenaan dan pihak restoran membuat laporan polis.
“This pelita restoran too much. A child vomit & cleaning charges is RM15 and with GST charges too. Avoid this pelita.”
Memetik laporan The Reporter, pemilik restoran, Muhammad Nazreen Naveen Adbullah, 42, berkata, semakan di kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan perkara sebaliknya.
Viral pelanggan tak puas hati dikenakan caj RM15 kerana cuci muntah rakan mereka di restoran pelita. Tetapi tengoklah sendiri, siapa yang tak betul.
Dikirim oleh Cili Potong pada 3 April 2017
“Saya telah membuat siasatan dan semakan CCTV mendapati bahawa kejadian itu berlaku pada awal Isnin, jam 4 pagi di mana seramai enam orang individu berada dalam keadaan sangat mabuk telah memesan makanan di restoran kami.
“Semasa makan, dua individu dari kumpulan berkenaan telah muntah ke atas pinggan dan meja makan. Oleh kerana keadaan muntah mereka yang amat teruk, para pelanggan berhampiran telah menunjukkan rasa tidak berpuas hati dengan kejadian itu.
“Lalu pihak saya mengambil keputusan untuk membuang semua pinggan dan gelas yang berada di atas meja tersebut,” tulisnya dalam laporan polis yang dibuat jam 10.27 malam semalam di Balai Polis Dang Wangi.
Nazreen turut kesal dengan tindakan pihak laman Facebook berkenaan yang didakwanya telah merosakkan nama baik restoran mereka. Malah beliau turut menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengenakan bayaran apabila anak-anak kecil pelanggannya mengotorkan atau muntah dalam restoran mereka.
The post Cerita Sebenar Cuci Muntah Bayar RM15 Di Sebuah Restoran appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2o1pnVF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment