Home » , » 2 Beradik Rentung Dalam Kebakaran Di Miri

2 Beradik Rentung Dalam Kebakaran Di Miri

shamsulazlan | 23:15 | 0 comments

Miri: Niat seorang adik lelaki untuk menyelamatkan abangnya dalam kebakaran berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya rentung dalam satu kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Melusok, Jalan Punang Lawas di Limbang awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Hussin berkata ketika kejadian pada 2.19 pagi, Teo Yin Tiong, 57, cuba menyelamatkan abangnya Teo Yin See, 58, yang berada di tingkat atas rumah itu ketika api sedang marak.

Usaha itu bagaimanapun gagal akibat asap tebal pada tingkat bawah menyebabkan kedua-dua mangsa terperangkap, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata menurut saksi, asap tebal kelihatan di dalam dan luar tingkat bawah rumah itu semasa kejadian berlaku.

Zaki berkata bomba tiba ke lokasi kejadian pada 2.23 pagi dan operasi tamat pada 4.30 pagi manakala punca kebakaran serta jumlah sebenar penghuni kediaman itu masih disiasat. – BERNAMA

The post 2 Beradik Rentung Dalam Kebakaran Di Miri appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2p2mTYr
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger