Home » , » Wartawan Buat Laporan Polis Terhadap Adi Putra

Wartawan Buat Laporan Polis Terhadap Adi Putra

shamsulazlan | 00:12 | 0 comments

Menyiarkan nombor telefon bimbit miliknya di platform instagram, seorang wartawan akhbar membuat laporan polis terhadap pelakon lelaki popular, Adi Putra.

Ini berikutan tindakan Adi yang menyiarkan nombor telefon wartawan hiburan melalui screenshot whatsApp secara terbuka, Nurul Fadila Awaludin.

Adi kemudian bertindak memuatnaik perbualan whatsApp di antaranya dan Fadila itu yang mahukan penjelasan lanjut berhubung kes penceraiannya yang menjadi heboh semalam.

Fadila membuat laporan polis di Balai Polis Serdang selepas menerima ratusan panggilan dan mesej berbaur kecaman daripada individu tidak dikenali dipercayai peminat Adi sejak beberapa hari lalu.

Fadila menyifatkan tindakan Adi yang tidak memadamkan nombor telefonnya seolah-olah mahu membulinya menyebabkan dia dihujani ratusan panggilan dan mesej yang tidak diundang.

Nama Adi menjadi bualan hangat selepas semalam dia mengesahkan sudah tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan kedua-dua bekas isterinya, Aida Yusof dan Nor Shahida Zolkifly.

Diolah dari sumber: Kosmo!

The post Wartawan Buat Laporan Polis Terhadap Adi Putra appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2nOGuLs
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger