Satu rakaman seorang pemandu bas di China ditikam dua kali di kakinya menjadi sensasi di China.
Menurut Daily Mail yang memetik laman tempatan, insiden itu berpunca daripada seorang penumpang yang berang apabila dia ditegur oleh pemandu bas berkenaan untuk tidak merokok di dalam pengangkutan awam tersebut.
Insiden itu berlaku pada 17 Mac lalu di bandar Wuhan wilayah Hubei dan mula menjadi tular beberapa hari selepas itu.
Suspek yang dikenali sebagai Zhang Weihua, 35 cuba untuk merokok di dalam bas yang dipandu Luo, 39.
Luo kemudian memberi amaran secara lisan kepada Weihua sebelum berhenti di satu stesen berdekatan Tienehu Avenue.
Menerusi kamera pengawasan di tempat duduk pemandu, menunjukkan Weihua menyerang Luo dengan menikam kaki kanannya menggunakan pisau lipat.
The post Pemandu Bas Ditikam Tegah Penumpang Merokok appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2nqeGf0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment