JOHOR BAHRU - Pakej eksklusif perkahwinan bernilai RM25,000, pastinya pasangan pengantin baru mengharapkan hasilnya meletop ataupun padan dengan harga. Namun, itu semua tidak berlaku apabila pengadu meluahkan rasa kecewanya terhadap pihak penyedia perkhidmatan perkahwinan yang terkemuka di Johor.
"Ceritanya malam tadi komenlah dekat page ********. Dalam hati kata mesti admin itu tidur, sebab itu comment tak padam. Cecepatlah screenshot komen tu. Last-lasti pagi tadi memang dah padam dan diblock pun. Bila share pun post kitorang kena block. Haih manusia, manusia.
"Ya aku bukan jenis suka nak viralkan benda macam ni, kesian. Tetapi bila dah betul-betul jadi depan mata, nak duduk diam saja ke?
"Pakej exclusive RM25,000, yang dapat cuma lauk ayam yang busuk, makanan jam 2 lebih dah habis licin, pelamin 16 kaki, makanan pengantin tak sedap langsung, ikan pun dah busuk. Indah khabar dari rupa," kata Fiyt Adenan yang turut menyertakan gambar buktu komennya di laman Facebook pihak berkenaan telah dipadamkan.
Fiyt Adenan juga turut menyertakan gambar daripada beberapa bekas pelanggan pihak berkenaan yang jelas sekali berang dengan tahap perkhidmatan yang diberikan.
Fiyt Adenan mendakwa, komennya yang dimuat naik di laman Facebook berkenaan pada jam 10.31 malam telah dipadamkan | Foto - Fiyt Adenan
Sementara itu dalam kenyataan seorang kakitangan pihak berkenaan menafikan dakwaan itu dan menegaskan pihaknya telah menjadi mangsa fitnah di media sosial.
Kes dalam siasatan. Di hari kejadian, ada beberapa majlis berlangsung pada hari berkenaan. Akui ada masalah kualiti pada masakan ayam tetapi tiada aduan dari pelanggan yang lain. | Foto - Rydahuda Mohamad
Apa yang lebih mengejutkan, ada berapa netizen mendakwa mereka telah diugut untuk dikenakan tindakan undang-undang oleh seorang wanita yang dipercayai kakitangan pihak berkenaan.
Bekas pelanggan pihak berkenaan pula berpendapat, tidak wajar pengadu viralkan perkara tersebut yang dianggap cuba menutup periuk nasi pihak berkenaan. - The Reporter
from The Reporter http://ift.tt/2myo6WU
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment