Seorang pengawal keselamatan, atau lebih biasa disebut sebagai ‘pak guard’ di Malaysia, berjaya menghabiskan pelajaran di sebuah kolej di Filipina yang dijaganya sejak 20 tahun lalu.
Erwin Macua, 38, bertungkus lumus selama empat tahun belajar sambil bekerja di Kolej St Theresa di Bandar Cebu disamping menjadi ayah kepada tiga anaknya.
“Umur bukan halangan, kemiskinan juga bukan penghalang,” kata Erwin kepada ABS-CBN News.
“Capai impian anda dengan formula ini: kerja keras dicampur dengan azam berserta doa dan cita-cita hidup anda akan tercapai.”
Biarpun bekerja pada shift malam dari pukul 7 malam ke 7 pagi, Erwin berjaya menghadiri semua kelasnya yang bermula pada 7:30 pagi hingga 4 petang, lapor Cebu Daily News.
Malah, nama Erwin juga tersenarai dalam pelajar anugerah Dekan sejak dari tahun pertama dia mula belajar iaitu 2013.
Erwin berkata memang cita-citanya untuk menghabiskan pelajaran dan dia mahu menjadi guru kerana dia sangat gemar akan kanak-kanak.
“Pendidikan adalah kursus yang baik untuk berurusan dengan pelajar dan anda boleh mengubah kehidupan mereka (dengan mengajar),” katanya lagi.
LIVE: STC Security guard Erwin Valmoria Macua got a 1.45 grade point average and graduated as Cum Laude today.
Dikirim oleh Mich Padayhag pada 25 Maret 2017
Pengawal itu juga menggunakan wang simpanan sendiri untuk membiayai yuran pada tahun pertama, tetapi, dia kemudian ditaja oleh seorang penderma tidak dikenali untuk tahun-tahun seterusnya.
Bercakap tentang pelannya pula, Erwin berkata dia akan terus menjadi pengawal di kolej tersebut sementara dia menunggu ujian untuk mendapatkan lesen mengajar.
The post ‘Umur & Kemiskinan Bukan Penghalang’ – ‘Pak Guard’ Berjaya Graduasi, Dapat Anugerah Dekan appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2oduLWJ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment