Home » , » 'Maaf, saya perlukan sumbangan tepung susu untuk anak yang mengalami malnutrition & masalah perkembangan pembesaran'

'Maaf, saya perlukan sumbangan tepung susu untuk anak yang mengalami malnutrition & masalah perkembangan pembesaran'

shamsulazlan | 00:21 | 0 comments


Sedang khusyuk tengah malam kelmarin mengira jumlah kos serta tempahan bantal dan tilam kekabu untuk minggu lepas, ada satu mesej masuk. Dalam hati bersyukur ada lagi rezeki Tuhan nak beri. Saya biarkan mesej tersebut tidak dibaca. Yalah, sedang rancak mencongak untung dan rugi takut tersalah pula. Selesai saja mengira dan mengukur kain yang perlu dipotong, saya simpan semula perkakas ke dalam tin tempat letak segala barang jahitan.

Sambil bersandar di hujung sofa, saya bersedia dengan pen dan kertas untuk catit tempahan yang disangkakan tadi. Meleset. Ia bukanlah suatu tempahan. Hati yang gembira bukan main tadi dicengkam-cengkam. Tangan saya menggigil memegang telefon ni. Bayangan tempahan tadi lenyap terus. Tak sedar pen yang kemas dipegang jatuh ke lantai. Hadir pula satu tanda tanya. Kenapa aku?

Demi Tuhan Yang Maha Kaya. Inilah kali pertama dalam hidup saya dapat mesej sebegini. Tambah pula ia dari rakan facebook sendiri.

Sambil menatap gambar yang dihantar, beliau merayu sumbangan susu tepung untuk anak keduanya berusia 1 tahun 5 bulan yang sedang mengidap masalah tumbesaran dan alergi pada beberapa makanan. Anaknya hanya boleh menerima susu badan dan susu khas yang agak mahal harganya.

Susu Novalac Novarice yang berharga RM98 dengan berat 800 gram itu hanya dapat bertahan selama 4 hari saja. Saya ambil semula pen yang jatuh tadi dan buat kiraan jumlah yang diperlukan untuk sebulan. Ya, hampir RM750. Hanya untuk susu sahaja. Kami mula berbual.

Anaknya yang bernama Al Asyiq menghidapi sakit ini sejak berusia 6 bulan lagi. Beliau juga mempunyai dua lagi anak kecil. Suaminya seorang guru, pendapatan isi rumah RM2,500 sebulan. Jika diikutkan tidaklah dapat untuk bermewah-mewahan dengan pendapatan sedemikian apatah lagi ada banyak keperluan yang harus didahulukan.

Beliau kini sedang menunggu jawapan dari pihak zakat. Kita sedia maklum ramai sedang mohon bantuan dan perlu masa untuk pihak mereka proses satu persatu.





Tidak perlu bagi saya untuk menanyakan mengapa tidak buat pinjaman peribadi atau sebagainya. Mungkin ada sebab lagi hebat mengapa Tuhan gerakkan jari beliau untuk hantar mesej kepada saya dan kalian yang sedang membaca.

Tidak perlu juga saya mengungkit kekayaan yang kita ada, makanan sedap yang kita hadap sekarang, kegembiraan yang sedang dialami. Ini semua rezeki yang Tuhan beri, atas usaha kita. Dalam masa yang sama ada yang sebaliknya dan dengan setiap kesenangan dan kesusahan itu juga ujian buat kita sebagai hamba.

Kita terus memberi sumbangan kepada mereka yang datang ke meja makan ketika di restoran tanpa pernah persoal siapa dan apa sakit mereka.

Saya dengan izinNya membantu sedaya yang ada. Jika di antara kalian yang ingin menyumbang, boleh baca keterangan dibawah.

Bangkit dari situ, pen dan kertas tadi saya letakkan di sebelah kalkulator di atas meja. Dalam ke arah lena, saya membayangkan jika saya adalah ibunya.

Fitri
Pen aku jatuh

Nama: Mas Idayuu binti Masturi
Nombor telefon: 013-386-2178
Akaun Maybank: 155032306795
Alamat:

No. 287 blok 17,
Felda Raja Alias 1,
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan


from The Reporter http://ift.tt/2nn1Qii
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger