Home » , » Ikan Kerapu Gergasi Dijual Pada Harga RM7,500

Ikan Kerapu Gergasi Dijual Pada Harga RM7,500

shamsulazlan | 00:12 | 0 comments

Heboh di Pasar Besar, Lebuh Cecil, Georgetown, semalam apabila nelayan berjaya membawa pulang tangkapan besar seekor ikan kerabu gergasi seberat 150 kilogram.

Percaya ikan gergasi itu bakal memberi keuntungan padanya, seorang pemilik restoran sanggup membida ikan sepanjang 1.8 meter itu dengan harga RM7,5OO, memetik laporan Harian Metro.

Pemilik restoran berkenaan, Chew Kean Ghee, 45, membeli ikan gergasi itu daripada nelayan di Pulau Kendi, yang menjual secara tender kepada sesiapa yang berminat.

Menurutnya, dia gembira memiliki ikan kerapu tersebut dan percaya boleh menarik ramai pelanggan yang mahu menikmati ikan segar.

GEORGETOWN 22 MARCH 2017. Chew Kean Ghee, 45, menunjukkan ikan kerapu gergasi seberat 150 kilogram yang dibelinya melalui peraih di Pasar Lebuh Cecil dengan harga RM7,500 untuk dimasak di restoran makanan laut di Pengkalan Weld, Georgetown. NSTP/IHSAN PEMBACA

“Ikan kerapu ini akan digoreng atau dibuat sambal, sup dan sebagainya sebelum dijual pada harga serendah RM17 ke atas mengikut tempahan pelanggan sama ada secara individu atau kumpulan,” katanya.

Ini bukan kali pertama Chew membeli ikan gergasi kerana pada tahun 2012 dia pernah membeli ikan kerapu seberat 168 kilogram dengan harga RM7,560 yang ditangkap di perairan Teluk Bahang.

Dia menjalankan perniagaan makanan itu sejak 25 tahun lalu.

The post Ikan Kerapu Gergasi Dijual Pada Harga RM7,500 appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2nun9y3
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger