Menerusi perkongsian Jejai di laman Instagramnya, dia menyampaikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut sambil mendoakan supaya mereka mendapat kebahagian hingga ke akhir hayat.
“Tahniah saya ucapkan kepada anda berdua dan mendoakan supaya kebahagiaan rumah tangga kalian terus mekar serta berkekalan hingga ke akhir hayat, Insya-Allah.
“Kepada Nora, semoga anda menikmati setiap detik pada hari bahagia anda ini. Sejujurnya saya gembira anda berdua akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri.
“Tahniah! Semoga bahtera perkahwinan dibina dilimpahi segala rahmat dan kegembiraan. Saya pasti Rayqal (anak hasil perkongsian hidup Nora dengan Jejai) dan Dre (anak Nedim daripada perkahwinan pertama) turut berkongsi kegembiraan bersama kalian berdua,” tulisnya menerusi akaun Instagram semalam.
Seperti yang diketahui, Nora dan Jejai pernah berkahwin pada Jun 2006 namun bercerai kira-kira dua tahun kemudian dengan dikurniakan seorang anak lelaki.
Manakala jika dilihat ruangan komen di Instagram, ramai yang memuji tindakan Jejai kerana masih hadir dan memberikan sokongan buat bekas isterinya, Nora.
Ada netizen yang mendoakan Jejai menemui pasangan yang sesuai dengannya suatu hari nanti dan mampu untuk menikmati kebahagiaan bersama sehingga akhir hayat.
Nedim dalam ruangan komen turut mengucapkan terima kasih kepada Jejai atas doa agar rumah tangga yang dibina dengan Nora akan berkekalan sehingga akhir hayat.
“Terima kasih di atas ucapan, sayang saya untuk anda, pakcik dan makcik kerana hadir pada majlis istimewa kami,” tulisnya.
The post Warga Internet Puji Sikap Jejai appeared first on The Coverage Edisi BM.
from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2mUEn8C
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment