Sama ada ia image benar atau tidak, Allahualam. Tetapi dalam Al Quran sudah dijelaskan jin, syaitan dan iblis akan terus menyesatkan anak cucu Adam. Malah di dalam rahim seorang wanita itu sendiri, jin jahat akan hadir untuk menganggu, merosak dan menjahanamkan benih-benih yang terbina. Nauzubillah.. semoga kita dijauhkan dari perkara seperti ini. - Foto Hiasan | Huffington Post |
Ada orang kata dia mandul, rupanya tak. Ada 'benda' menumpang dalam rahimnya. Allah. 12 tahun tak dapat anak dan bila mengandung dua tiga bulan, tiba-tiba anaknya tak ada dengupan jantung, anak gugur.
Surah Az-Zukhruf Ayat 62
وَلَا يَصُدَّنَّكُمُ الشَّيْطَانُ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ
Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
Ramai yang ingat syaitan dan seangkatan dengannya ini hanya standby semasa bayi dilahirkan (Ummu Sibyan). Tidak. Sebenarnya masa niat kita nak bertunang, bernikah mengelakkan maksiat itu, dia dah mula usha kita dan pasangan. Kot-kot dapat sesatkan kita (kepala dongga punya syaitan!).
Hakikatnya, itu permainannya! Kita perlu alert cara nak 'pukau' syaitan dan sekutunya agar tidak menganggu kita dan keturunan kita lagi.
Dalam Al Quran pun sudah dijelaskan bahawa syaitan itu akan terus menyesatkan kita, manusia. Apatah lagi bagi yang dia rasakan akan sentiasa berbuat baik.
Dalam soal ini, meneruskan zuriat adalah sesuatu yang tidak disukai iblis, syaitan dan jin-jin jahat. Lebih-lebih lagi bila pasangan suami isteri ini sudah pasang niat nak melahirkan khalifah Allah yang boleh menyebarkan ajaran Islam.
Suami perlu keluarkan benih (spermatozoa) yang cukup dan segar untuk disenyawakan dan isteri perlu ada keseimbangan hormon, aliran telur yang bagus, tiub fallopio yang smooth. Itu yang ilmu perubatan jelaskan.
Dalam ilmu Islam pula, wujud halangan-halangan untuk hamil disebabkan oleh gangguan jin dan ia dirawat menggunakan ayat-ayat Al Quran, doa-doa dan zikir.
Cuba check, adakah anda mempunyai tanda-tanda gangguan seperti di bawah?
- Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar yang mungkin berlarutan sehingga tengah malam
- Kusut fikiran
- Sakit di bahagian tulang-tulang belakang
- Mengigau ketika tidur
- Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan
Kemandulan pada kaum wanita ini terjadi apabila:
- Jin itu tinggal dalam rahim dan merosakkan benih sehingga menyebabkan benih-benih itu rosak dan tidak subur
- Benih dibiarkan subur dan sempurna tetapi diganggu selepas beberapa bulan hamil menyebabkan turun darah, lalu keguguran.
Sebab itu, sebelum, selepas dan semasa hamil setiap pasangan perlu ada ilmu kehamilan dan kelahiran. Miliki buku 9 bulan 10 hari jika anda ingin anak dan keluarga anak dijauhi dari jin, syaitan dan sekutunya. Ada surah dan doa amalan yang ibu hamil perlu baca. Juga ada tips perkara yang pasangan suami isteri perlu elak dan amalkan di dalam buku A-Z ilmu kehamilan dan kelahiran ini.
Dalam hadis Safiyah binti Huyay, Rasulullah bersabda: Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui pembuluh darah - Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Ini kaedah untuk merawat masalah kemandulan akibat gangguan jin:
- Bacakan doa-doa menghindar syaitan temrasuk doa menghindar sihir. Doa-doa ini juga boleh dirakam dan diperdengarkan kepada pesakit selama tiga kali setiap hari.
- Ia hendaklah membaca surah as-Saffat pada waktu subuh ataupun diperdengarkan kepadanya.
- Membaca surah al-Ma'arij ketika hendak tidur ataupun diperdengarkan kepadanya.
- BAcakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu'awwizat sebanyak tujuh kali, pada minyak zaitun kemudian disapukan pada dada, dahi dan tulang belikat sebelum tidur.
- Bacakan ayat-ayat yang sama pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.
Pastikan amalan ini dilakukan tiga bulan selain beriman kepada Allah.
"Dan kami turunkan daripada Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman" (Isra': 82)
Menurut Asy-Syeikh Abdul Aziz Makmum Isa (1991-55) ada dua punca utama terjadinya masalah ini:
- Akibat sihir
- Kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan.
Jin-jin ini suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al Quran tetapi gemar mendengar nyanyian ataupun muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek di hadapan cermin.
Jin-jin tertarik dengan wanita yang masuk dalam bilik air lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang. Padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin, jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk ini tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap dalam tubuh dan menganggunya.
Jadi, pastikan selepas ini bukan sahaja kita sopan bila keluar dari rumah, masa dalam rumah pun kena jaga.
Conclusionnya:
- Dengarkan ayat Al Quran secara terus terutamanya surah al-Baqarah, yasin, as-Saffat, ar-Rahman, ad-Dukkhan dan surah Al-Jin tidak kurang daripada enam jam setiap hari.
- Jaga solat pada waktunya dan sentiasa berzikir.
- Baca surah Yasin ketika berada di tempat pembaringan dan tidur mengiring sebelah kanan dalam keadaan berselimut, baca doa tidur dan mengucap.
Pada dasarnya jin-jin ini tidak boleh menganggu fizikal kita, jadi dia akan sibuk menganggu roh kita. Sebab itu kadang-kadang masa tidur kita mimpi pelik-pelik dan menakutkan. Itu kerja dialah!
Hadis daripada Jabir r.a menceritakan tentang seorang Badui telah datang menemui Nabi lalu berkata:
Ya Rasulullah, aku bermimpi, kepalaku seolah-olah dipukul bergulung-gulung, kesan pukulan itu sungguh menyakitkan sekali.
Rasulullah berkata kepada Badui tadi: Jangan kau ceritakan kepada orang lain tentang permainan syaitan terhadapmu ketika tidur.
Dear mommies, walaupun benda-benda ini menakutkan kita, ingat, kalau kita buat baik-baik, fikir baik-baik, Allah akan mudahkan.
Untuk lebih banyak info-info tentang kehamilan, sila layari laman Facebook 9bulan10hari atau dapatkan buku 9bulan10hari yang mengandungi banyak ilmu kehamilan dan kelahiran.
Berminat dengan buku ini? Anda boleh dapatkan di sini: http://ift.tt/2nlY6gp atau hubungi 9bulan10hari di aplikasi WhatsApp, 018-400-7008. |
Perkongsian ini mendapat kebenaran dari pemilik laman 9 bulan 10 hari untuk disiarkan di The Reporter. Anda dilarang 'copy paste' artikel ini tanpa kebenaran penulis asalnya.
from The Reporter http://ift.tt/2mTfjLf
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment