Oleh Azlin Sharima (MUA Melaka & Johor Bahru)
Untuk bakal pengantin, sebab-sebab Make-up Artist (MUA) 'halau' untuk info:
1. GUNA BARANG MAKE-UP MUA TANPA IZIN
Ramai makcik-makcik dan sepupu pengantin ini suka duduk dalam bilik pengantin. Duduk diam tak apa, ini ada yang jenis dia pun sibuk bersiap, sambil-sambil jeling barang-barang make-up kita. Kemudian, mulalah adegan "Eh kak, pinjam bedak", "Pakai foundation apa ni? Flawlessnya. Nak sikit?". Criitttt! Criitttt! dia pam tanpa sempat kita nak memberi kebenaran. Itu antara drama makcik-makcik korang yang sukar dikawal.
2. BAWA BUDAK KECIL DALAM BILIK PENGANTIN
Ada jenis yang suka tengok dan bawa budak-budak kecil atau anak sekali dalam bilik pengantin. Kemudian budak-budak pun main barang-barang make-up dan yes, ada adegan lipstick patah, eye shadow hancur berkecai. Like I said, ada parents memang tak tegur.
Barang-barang bukan murah, siapa nak ganti? Sila jawab.
3. MAKCIK-MAKCIK KOMPLEN MAKE UP PENGANTIN MACAM 'HANTU'
Makcik-makcik bawang, tak habis make-up lagi dah cakap macam hantu. Eh, tak payahlah berada dalam bilik pengantin. Tengok saja live video MUA, ramai saja yang komen 'macam hantu', padahal orang itu baru saja tepek foundation tak siap pun lagi. Ayat-ayat seperti itu sebenarnya akan membuatkan pengantin tak keruan dan asyik-asyik tengok cermin. Takut muka nampak macam hantu bila dah habis make-up.
Kemudian ada adegan pengantin nak warna lipstick nude. Makcik-makcik pula nak warna pink terang. Harus diingatkan ada makcik-makcik yang betul membantu, ada makcik-makcik yang iri hati tengok awak cantik. Jadi, sebagai MUA, kita lebih ikutkan mata pengantin. Kalau pengantin kata warna yang dipilih itu okay, kita proceed. Kalau dia nak merah menyala, hak pengantin sebab dia yang bayar kami. Makcik is being makcik, always complaining. Ada saja makcik yang baik dan sekepala, tidak dinafikan.
Itu saja sedikit drama dalam bilik pengantin untuk awak-awak semua faham. Mostly yang kena condemn ini normally mak andam biasa-biasa. Kalau make-up artist, jarang mereka nak condemn hasil kerja mereka sebab nama pun make-up artist. Kalau muka awak sendu dimake-up oleh make-up artist, cakaplah macam mana pun korang tetap rasa muka korang lawa ala-ala Nora Danish.
Bertabahlah sisturr, ini pendapat saya sahaja.
from The Reporter http://ift.tt/2nK7wm2
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment