Oleh Hamba Allah yang baik hati
Seorang anak menjalankan perniagaan urut kaki di Pasar Taman Dahlia dengan mengenakan bayaran seikhlas hati. Encik Mohd Noor tidak dapat bekerja kerana menjaga ibu dan ayahnya yang sedang uzur.
Sewaktu bekerja, dia terpaksa mengunci ayahnya di rumah kerana ayahnya menghadapi masalah nyanyok. Hanya ibunya sahaja yang dia dapat bawa sewaktu dia mencari rezeki.
Encik Mohd Noor telah mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 atas nama ayahnya. Difahamkan dia pernah memohon bantuan Baitulmal tetapi sehingga kini masih tiada jawapan.
Ibunya menggunakan lampin pakai buang. Jiran-jiran ada juga yang membantu dari segi bantuan beras dan sedikit barang-barang keperluan.
Sesiapa yang mahu berurut, bolehlah pergi ke rumahnya di No 18, Jalan Dahlia 24/7, Taman Dahlia, Tampoi, Johor Bahru.
Untuk makluman, Encik Mohd Noor tidak mempunyai telefon untuk dihubungi.
Jika anda terjumpa mereka di Pasar Taman Dahlia, hulurkanlah sedikit bantuan walaupun tak nak berurut. Encik Mohd Noor berada di Pasar Dahlia bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Selepas itu, beliau berada di rumah.
Saya telah meminta kebenaran beliau untuk kongsikan kisahnya bersama anda di Facebook. Mohon anda semua kongsi dan viralkan untuk membantu mereka sekeluarga.
Allah menggerakkan hati kami untuk berhenti bertanya khabar setelah kami selalu melihat mereka di simpang jalan itu. Dalam rezeki kami, terselit juga rezeki buat mereka.
Syukur ya Allah, Kau jadikan kami sebagai perantara. Mata masuk habuk, tak boleh nak tahan-tahan.
from The Reporter http://ift.tt/2nRDzl1
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment