Home » , » Indonesia: Hamil Perlu Surat Doktor Untuk Naik Tren

Indonesia: Hamil Perlu Surat Doktor Untuk Naik Tren

shamsulazlan | 03:55 | 0 comments

Jakarta – Wanita hamil yang ingin menaiki kereta api di Indonesia akan diwajibkan membawa surat dari pegawai perubatan bagi membolehkan mereka menaiki kereta api untuk perjalanan jauh.

Media dalam talian memetik Ketua Hubungan Masyarakat PT KAI Daerah Semarang, Edy Kuswoyo sebagai berkata, peraturan itu bagi memastikan keselamatan wanita hamil dan kesihatan mereka disahkan pegawai perubatan.

Katanya peraturan sekarang menetapkan wanita dengan usia kehamilan antara 14 dan 28 minggu sahaja yang boleh naik kereta api untuk perjalanan jauh.

“Ibu hamil yang usia kehamilannya kurang dari 14 minggu atau lebih dari 28 minggu akan diwajibkan melampirkan surat keterangan dari doktor mengenai keadaan kesihatan dan kehamilannya,” kata beliau.

Edy berkata, bagi wanita hamil yang tiada surat kebenaran itu, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan di pos-pos kesihatan di stesen kereta api bagi mengesahkan sama ada dibenarkan menaikinya atau sebaliknya.

Beliau berkata, ini kerana pengurusan kereta api tidak mahu bertanggungjawab jika wanita hamil yang menaiki kereta api mengalami sebarang masalah berkaitan keadaan mereka sendiri.

Kereta api masih menjadi pengangkutan darat terpenting di negara ini terutamanya bagi masyarakat luar bandar selain sebagai pengangkutan awam untuk orang ramai berulang alik ke tempat kerja di Jakarta. – BERNAMA

The post Indonesia: Hamil Perlu Surat Doktor Untuk Naik Tren appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2mPVtBo
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger