Home » , » Dibelasah Suami Kerana Facebook

Dibelasah Suami Kerana Facebook

shamsulazlan | 00:05 | 0 comments

Kaherah: Seorang lelaki mendera dan mengurung isterinya hanya kerana mengetahui wanita itu membuka akaun Facebook.

Menurut laporan media Mesir, lelaki berkenaan sebelum ini tidak membenarkan isterinya memiliki akaun media sosial.

Polis berkata, Asmaa Samir didera suaminya, Mustafa Raafat yang mengikatnya dengan tali dan mengurungnya di rumah mereka selama tiga hari tanpa memberi mangsa makan atau minum.

Tidak cukup dengan itu, Mustafa juga menyeksa isterinya menggunakan benda tajam.

Ketika disoal siasat, lelaki itu berkata, isterinya membuka tiga akaun Faceboook dengan menggunakan nama palsu kerana ingin tahu sama ada dia bersikap curang terhadapnya.

Mustafa mengaku dia memukul isterinya tetapi menafikan dakwaan tidak memberinya makan.

Sehubungan itu, kebanyakan pertubuhan hak asasi wanita Mesir menggesa lelaki itu didakwa di mahkamah selepas laporan perubatan mengesahkan isterinya cedera teruk akibat didera.

Beberapa peguam pula berkata, mereka bersedia mewakili mangsa secara percuma sementara ramai pengguna media sosial mengecam tindakan Mustafa sambil gesa pihak berkuasa memenjarakannya. – Agensi

The post Dibelasah Suami Kerana Facebook appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2ny3D1n
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger