Home » , » SKMM Sekat Lebih 3,000 Laman Web

SKMM Sekat Lebih 3,000 Laman Web

shamsulazlan | 00:37 | 0 comments

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat sebanyak 3,110 laman web atas pelbagai kesalahan, termasuk menyiarkan kandungan yang boleh menggugat ketenteraman awam, dari 2016 hingga Januari tahun ini.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,837 laman web mengandungi unsur lucah, jelik, palsu dan mengancam disekat di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sebanyak 273 laman lagi adalah laman judi, pelacuran, penipuan, cetak rompak, ubat tidak berdaftar dan produk palsu,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Datuk Ikmal Hisham Abdul Azizi (BN-Tanah Merah) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ikmal meminta kementerian itu menyatakan jumlah laman web yang disekat atas sebab menggugat ketenteraman awam.

Kementerian itu menjelaskan bahawa smua laman web itu disekat berdasarkan permohonan dan punca kuasa agensi-agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Kesihatan.

Sementara itu, dalam jawapan bertulis berasingan kepada Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam), kementerian itu memberitahu SKMM telah menyiasat 167 kes penyalahgunaan Internet dan media sosial di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, ini termasuk kes yang melibatkan penyebaran kandungan dan maklumat palsu melalui platform WhatsApp, Facebook dan Twitter.

Selain aspek penguatkuasaan, kementerian melalui SKMM turut menggerakkan pelbagai inisiatif berbentuk kesedaran di seluruh negara, yang antaranya bertujuan mendidik masyarakat mengenai aspek etika bagi mengelakkan penyalahgunaan media sosial.

“Melalui program sebegini, masyarakat juga dididik agar tidak berkongsi kandungan dan maklumat yang tidak ditentusahkan, serta lebih peka dan tidak terlalu mudah mempercayai setiap perkara yang tersebar tanpa membuat semakan dengan sumber yang betul,” katanya. – BERNAMA

The post SKMM Sekat Lebih 3,000 Laman Web appeared first on The Coverage Edisi BM.



from The Coverage Edisi BM http://ift.tt/2ndHIfY
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger