Home » , » 'Belajar tinggi tapi apa benda pun tak dapat, itulah nak sangat kahwin awal' - Antara kata² yang saya terima bila disahkan mengandung

'Belajar tinggi tapi apa benda pun tak dapat, itulah nak sangat kahwin awal' - Antara kata² yang saya terima bila disahkan mengandung

shamsulazlan | 18:30 | 0 comments


"Belajar degree, bidang Biomedical, tapi habis belajar terus kahwin. Sekarang dah mengandung. Kerja tak dapat lagi, duduk rumah goyang kaki minta duit suami je la."

"Belajar tinggi, tapi takde apa benda pun dapat akhirnya. Orang lain seusia tu, dah dapat beli kereta dengan duit sendiri. Nak sangat kahwin awal, inilah jadinya. Tak boleh pakai langsung."

"Belum kerja, kan? Dah mengandung? Aihh? Duduk rumah bela anak sajalah jawabnya."

"Seorang kerja mana cukup sekarang ni. Duduk berdua, tahan lagi. Nanti yang dalam perut itu dah keluar, nak bagi makan apa? Ehm, bersedialah bergaduh laki bini tiap-tiap hari sebab tak cukup duit."

Jujurnya, ini antara yang saya terima apabila saya disahkan mengandung hujung tahun lepas. Akhirnya, saya mengalami depresi pada awal kandungan. Saya hanya pendam, air mata menjadi teman. 

Kemudian, ramai sahabat-sahabat perempuan seusia, yang lebih usia dan juga lebih muda meminta saya carikan calon. Nak kahwin, tetapi belum ada rezeki. Berpendidikan tinggi, sudah bekerja, tetapi belum menemui orang yang sesuai untuk dijadikn pasangan.

Tidak kurang juga ada yang meminta tips mengandung kerana sudah berkahwin kurang setahun atau lebih setahun, tetapi masih belum direzekikan anak. Ada yang berkongsi rasa kerana orang lain asyik bertanya bila nak ada 'isi'.

Ramai juga yang sudah ada calon, tetapi macam-macam halangan nak berkahwin. Asyik tertunda, kerana keluargalah, duitlah, pasangan masih tak bersedia, tak sanggup PJJ, syarat belajar atau bekerja dan sebagainya.

Akhirnya, perlahan hati saya dipanjatkan rasa syukur. Rasa malu kerana setiap orang mempunyai ujian masing-masing. Orang yang mengata saya itu juga bukanlah bahagia 100%, tetap ada masalah.

Tak perlu nak membanding-bezakan diri dengan sesiapa. Dan jangan sesekali bandingkan orang lain dengan orang yang lebih berjaya di mata kita. Tak tahu betapa dalam hati dirobek, berapa banyak air mata yang mengalir.

Jika tidak mahu membantu, jangan menambahkan masalah. Tak perlu nak huraikan kelemahan orang, duduk diam dan selesaikan masalah sendiri. Kita bukan parasit. Sekadar peringatan untuk diri. 


from The Reporter http://ift.tt/2n71sAa
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger