Persembahan hebat Lionel Messi sepanjang pertandingan Piala Dunia di Qatar telah membuahkan hasil apabila Argentina berjaya menjulang trofi yang diidamkan, sekali gus menamatkan penantian warga Argentina selama 36 tahun menunggu trofi itu kembali semula ke pangkuan mereka.
Sejak dari itu, peminat di seluruh dunia juga memberi penghormatan terhadap pemain berusia 35 tahun itu dalam pelbagai cara. Namun, cara seorang streamer Twitch yang dikenali sebagai Rob 'BigRobEnergy' Tramonte, membuatkan ramai netizen terkejut.
Content creator itu baru-baru ini berkongsi gambar tatu baharunya di Twitter, dengan gambar Messi mencium trofi Piala Dunia.
"Ada tatu baru, nak tunjuk kasih sayang kepada Lionel Messi," tulisnya pada ciapan gambar itu.
Got a new tattoo, wanted to show love to the GOAT Lionel Messi! You guys dig it?? pic.twitter.com/4fzR0TroEL
— BigRobEnergy (@BigRobEnergy) December 21, 2022
Tetapi gambar tatu barunya itu mengundang reaksi yang tidak dijangkakan dari lebih 18,000 pengikutnya yang menyedari tatu trofi itu kelihatan seperti alat kemaluan lelaki.
"Perincian pada trofi itu sangat halus dan lembut sentuhannya pada setiap titisan dakwat," kata salah seorang pengikutnya.
Walaupun tidak diketahui apa reaksi yang Messi fikirkan apabila melihat lakaran tatu itu, Messi juga telah menerima beribu-ribu penghormatan lain antaranya seperti, mural yang memukau di jalan-jalan di Buenos Aires.
Badan induk kewangan negara Amerika Selatan itu juga dilaporkan sedang mempertimbang untuk meraikan kemenangan Argentina pada World Cup Qatar 2022 dengan meletakkan wajah Messi pada wang kertas 1,000 peso.
Sumber: Daily Star
from The Reporter https://ift.tt/YA6KuGZ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment