Home » , » PU Azman didakwa lagi atas 4 pertuduhan lakukan amang & komunikasi seksual terhadap 3 remaja lelaki

PU Azman didakwa lagi atas 4 pertuduhan lakukan amang & komunikasi seksual terhadap 3 remaja lelaki

shamsulazlan | 01:22 | 0 comments



Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias didakwa di dua mahkamah berasingan hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang dan komunikasi seksual serta kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki pada Februari, Jun dan Ogos lalu, lapor Harian Metro. 


Azman, 41, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said, di Mahkamah Sesyen Klang dan satu pertuduhan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid di Mahkamah Majistret Klang.


Di Mahkamah Sesyen, Azman didakwa dengan dua kes amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 17 tahun di sebuah rumah inap desa di Sungai Udang pada jam 12.15 tengah malam 20 Februari dan 1 pagi pada 29 Jun lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. 


Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa mengalakkan seorang lagi mangsa yang juga berusia 17 tahun untuk berkomunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp di antara jam 4 petang hingga 7.30 malam di rumah di sini pada 16 Ogos lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 11 (1)(b) Akta Kesalahan-Kesalahan terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun. 


Di Mahkamah Majistret, tertuduh didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang lagi remaja lelaki berusia 19 tahun di rumah di sini pada jam 9.15 malam, 10 Jun lalu. 


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun. 


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistini Qamarul Abrar, manakala tertuduh pula diwakili Peguam Fahmi Adilah dan Mohamad Zahid Ahmad. 


Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM24,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, serta syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa, keluarga serta saksi pendakwaan. 


Tertuduh juga diperintah untuk melapor diri di balai polis berhampiran pada setiap awal bulan. 


Mahkamah menetapkan 12 Januari depan untuk sebutan semula semua kes berkenaan. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/l1p6WJ2
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger