Home » , » Warga emas ditahan selepas menghubungi polis lebih 2,060 kali hanya untuk memaki hamun

Warga emas ditahan selepas menghubungi polis lebih 2,060 kali hanya untuk memaki hamun

shamsulazlan | 01:23 | 0 comments

Foto Hiasan


Seorang lelaki warga emas di Jepun baru-baru ini ditahan polis selepas menghubungi Balai Polis Presint 2 lebih dari 2,060 kali dalam tempoh sembilan hari semata-mata mahu menjerit memarahi kakitangan yang menjawab panggilannya dan menggelar mereka sebagai pencuri cukai dan bodoh.


Antara 30 September dan 8 Oktober, lelaki berusia 67 thaun dari Wilayah Saitama menelefon Ibu Pejabat Polis Wilayah sebanyak 2,060 kali untuk menjerit dan memarahi kakitangan dan memaklumkan mereka semua harus dipecat. 


Tidak tahan dengan gangguan itu, polis membuat serbuan ke rumah lelaki itu dan menahannya atas dakwaan menghalang kakitangan awam dari melaksanakan tugas. 


Suspek mengakui sengaja berbuat demikian dan berkata, "Saya tahu polis akan datang untuk menahan saya suatu hari nanti". 


Semasa disoal siasat, suspek yang tidak didedahkan identitinya itu enggan memberi kerjasama dan sehingga kini polis masih belum mengetahui motif sebenar suspek membuatkan gangguan itu. 


Semakan pada sejarah panggilan keluar dari kediamannya, warga emas itu didapati kerap menghubungi polis sejak beberapa tahun lalu dan baru-baru ini jumlah kekerapan membuat panggilan itu meningkat secara mendadak. 


Walaupun perbuatan itu bukan sahaja mengganggu tugas dan membuang masa pihak polis untuk melayan panggilan sedemikian, ramai netizen kagum dengan konsistensi suspek membuat panggilan tersebut. 


Sumber: Oddity Central



from The Reporter https://ift.tt/YONtTAo
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger