Ketamakan seorang pengusaha kedai makan mengundang padah apabila pihak berkuasa tempatan bertindak menyita beberapa barangan kedainya, susulan mendapat aduan orang awam.
Terdahulu, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Fareeza, memuat naik gambar ruangan pejalan kaki berbumbung yang disediakan untuk orang awam tidak dapat dilalui kerana dipenuhi dengan meja dan kerusi dari kedai berhampiran.
"Laluan pejalan kaki berteduh dari hujan atau panas, dibuat jadi bumbung meja makan kedai kau," ciap wanita berkenaan.
Laluan pejalan kaki berteduh dari hujan / panas buat bumbung meja makan kedai kau. 👏🏽 pic.twitter.com/iHHzlPf0Sh
— jaa (@Fareeza_MN) December 7, 2022
Menurut sumber, insiden itu berlaku berdekatan dengan LRT Wangsa Maju dan disebabkan sikap tamak pemilik kedai itu, orang awam terpaksa meredah hujan dan panas.
Mengambil maklum mengenai gambar tular itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengerahkan sepasukan anggota penguatkuasanya ke lokasi dan menyita kerusi serta meja milik kedai itu. Tidak dapat dipastikan sama ada pemilik kedai dikenakan kompaun atau sebaliknya.
Walaupun ramai yang memuji kepantasan pihak DKBL menangani aduan tersebut, namun ada yang memaklumkan insiden itu bukan pertama kali berlaku. Orang awam juga pernah membuat teguran terhadap pemilik kedai. Namun, teguran tidak diterima dan pemilik memarahi individu yang membuat teguran itu.
"Dekat LRT Wangsa Maju ni. Serious stress lalu situ. Pernah tegur sekali, tapi saya yang kena marah. Lel," kata Ims.
"Ini pemandangan yang biasa di Wangsa Maju / Setapak. DBKL buat laluan cantik-cantik untuk kemudahan pejalan kaki. Tetapi kerap diceroboh/disalahguna oleh peniaga," kata Andromeda.
"Kalau kena angkut dengan PBT ni, mulalah ramai yang datang backup atas nama bangsa," kata Arif.
Sumber: Twitter Fareeza
from The Reporter https://ift.tt/ZSw6TDI
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment