Home » , » (Video) 'Aku hampir accident, ada bump besar bapak, takde jalur kuning depan UNISEL!'

(Video) 'Aku hampir accident, ada bump besar bapak, takde jalur kuning depan UNISEL!'

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments



Sejak malam tadi tular di media sosial video rakaman orang awam yang menunjukkan pelbagai jenis kenderaan melambung ketika melalui bonggol jalan yang baru dibina berdekatan Universiti Selangor (UNISEL), Seksyen 7 Shah Alam. 


Menurut pengguna Twitter, Abang Kiah berkata, bonggol jalan itu dibina tanpa jalur menyebabkan pengguna jalan raya tidak menyedari keberadaan bonggol tersebut. 


"Depan UNISEL Seksyen 7, Shah Alam tiba-tiba pula lalu tadi ada bump (bonggol) besar bapak, buat bump takde jalur-jalur kuning. Tak tahu nak mengadu kat siapa ni. Harap warganet berhati-hati dan mohon perlahankan kenderaan. 


"Saya rakam video sebab nak tunjuk bukti bahawa betapa bahayanya pada waktu malam sebab tak ada jalur kuning. Saya sendiri pun hampir kemalangan dan saya pun tak tahu macam mana nak suruh pengguna jalan raya perasan di situ ada bump. So pihak berwajib, (mohon) jalankan tugas anda! 



"Itu saya hanya berhenti dalam 10 minit. Tak tahulah sepanjang malam ini apa yang berlaku. Mohon sangat supaya anda semua berhati-hati dan harap tiada kemalangan jiwa," katanya. 


Ciapan tular itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi, yang kemudian mendedahkan sebuah jejantas sepatutnya dibina di jalan tersebut di mana peruntukan untuk pembinaan telah diluluskan pada 2019, susulan kes kemalangan maut yang melibatkan seorang pelajar UNISEL.



Malangnya, sehingga ke hari ini projek tersebut masih belum dimulakan oleh pihak berkuasa tempatan dan 'digantikan' dengan pembinaan bonggol (kelmarin) untuk menggantikan jejantas yang sepatutnya dibina pada tahun 2020. 


Semakan di Twitter mendapat, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil maklum mengenai ciapan ADUN Kota Anggerik, dan telah mengarahkan jabatan berkaitan mengambil tindakan segera.


"Ambil maklum, YB. Kerja-kerja mengecat jalan raya dengan garisan kuning dan pemasangan 'signboard' jalan bersebelahan UNISEL, Seksyen 7 telah dilaksanakan oleh petugas Jabatan Kejuruteraan MBSA". 



Sumber: Twitter Abang Kiah



from The Reporter https://ift.tt/xd1aX9T
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger