Gara-gara kekurangan bekalan telur ayam, peniaga roti canai di Kedah terpaksa menaikan harga roti canai telur RM3.20 sekeping, lapor Berita Harian.
Menurut Mohd Najmudin Md. Nor, 32, berkata, kenaikan harga itu tidak dapat dielakkan kerana dia terpaksa membeli telur gred B dengan harga RM19 sepapan, berbanding RM13.40 sepapan sebelum ini.
Harga sekeping roti canai telur sebelum ini dijual pada harga RM2.50, tetapi harga itu berubah kepada RM3.20 sejak dua minggu lalu.
"Adakalanya saya terpaksa membeli telur premium lebih mahal pada harga RM8 iaitu 80 sen sebiji berbanding 40 sen sebelum ini.
"Saya juga pernah menggunakan telur ayam kampung yang dibeli di pasar disebabkan bekalan telur ayam terputus dengan harga 70 sen sebiji," katanya yang berniaga di Medan Selera Alor Bakar Bata.
Bagi peniaga Mohd Nazri Ahamed Khan, 29, harga roti canai yang dijualnya terpaksa dinaikkan sebanyak lima kali disebabkan masalah yang sama.
"Nak dapatkan telur sepapan pun susah sekarang sebab terpaksa pergi awal ke pasar raya atau kedai untuk mengelak kehabisan stok telur.
"Penat juga nak mencari bekalan telur sehingga saya terpaksa pergi ke daerah lain semata-mata untuk mencari telur," katanya.
Sejak menghadapi masalah itu, ada pelanggannya merungut disebabkan roti canai naik harga tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana tiada pilihan lain. Jika sebelum ini dia mampu menghasilkan 300 roti canai telur, kini dia hanya mampu menghasilkan sekitar 200 biji.
Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan mengumumkan harga telur ayam yang lebih murah, pada Selasa.
Tetapi sehingga kini, Menteri berkenaan, Mohamad Sabu, masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara itu. Sebaliknya, beliau hanya memaklumkan bahawa Kerajaan akan mengimport telur ayam dari sumber luar bagi mengatasi isu kekurangan bekalan telur ayam dalam negara.
Sumber: Berita Harian, MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/et52iGR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment