Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon kepada rakyat Malaysia untuk tidak memberi gelaran 'papa' kepadanya, seperti mana amalan yang dilakukan terhadap dua bekas perdana menteri sebelum ini.
Ahli Parlimen Tambun itu terdahulu membalas ciapan dari pengguna Twitter yang mengucapkan 'Selamat pagi papa', di bawah ciapannya mengenai rasuah di kalangan ahli politik dan golongan elit di Malaysia.
"Please don't do that' (Mohon jangan buat begitu)," balasnya ringkas.
Dua bekas perdana menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob telah menggunakan panggilan bapa. Muhyiddin menggelar dirinya sebagai 'Abah', iaitu perkataan lain untuk 'bapa' dalam bahasa Melayu.
Sementara itu, Ismail Sabri pula menggunakan gelaran 'Pak Long' yang kebiasaannya digunakan oleh bapa saudara tertua dalam keluarga, atau Tok Mail.
Muhyiddin kemudian berterusan menggunakan gelaran 'Abah' semasa berkempen di Pilihan Raya Umum ke-15.
Sementara itu, netizen juga bersetuju bahawa amalan memberi gelaran sedemikian kepada perdana menteri tidak sepatutnya diteruskan.
"Tolong jangan panggil apa-apa panggilan pada Perdana Menteri kita. Cuba jadi gentle sikit. Ini sikit-sikit nak beri panggilan manja.
"Dia Perdana Menteri kita, kekalkan begitu. Abah atau bapak ke, atuk ke, papa ke, tolong ada decency. Beri ruang untuk dia buat kerja daripada memberi sebarang gelaran tak masuk akal. Tak ada kerja ke nak rebrand dia?" kata netizen.
"Saya hormat DS Anwar Ibrahim tetapi saya tak setuju dengan awak Mirul. Panggil saja dia Anwar Ibrahim. Saya tahu awak cuma bergurau, tetapi tetap tak boleh buat begitu. Hanya keluarga dia yang boleh panggil dia begitu," tambah netizen lain.
Sumber: Malay Mail, Twitter
from The Reporter https://ift.tt/gOe1JFR
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment