Home » , » 'Sebab itu kalau nak belanjakan, kita kena teliti & urus negara dengan betul - Anwar ambil alih pentadbiran negara dengan hutang lebih RM1 trilion

'Sebab itu kalau nak belanjakan, kita kena teliti & urus negara dengan betul - Anwar ambil alih pentadbiran negara dengan hutang lebih RM1 trilion

shamsulazlan | 20:24 | 0 comments



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau telah diberi mandat memimpin di kala hutang negara telah mencecah lebih dari RM1 trilion. 


Anwar menegaskan perkara itu bukan fitnah, tetapi perkara yang benar selepas beliau meneliti semua pelbelanjaan setiap agensi dan didapati berlakunya kebocoran dan ketirisan. 


"Saya kerja kuat meneliti fail-fail, sebab itulah beberapa projek ditangguhkan, diteliti semula atau dibatalkan. Bukan bermaksud untuk mencerca mana-mana tokoh politik, saya tidak sebut nama tokoh politik. 


"Tetapi saya kata projek tebatan banjir kerana banjir itu menyeksa rakyat dan yang jadi mangsa itu orang msikin dan majoriti yang miskin itu Melayu. 


"Sebab itu kalau kita nak belanjakan, kita kena teliti. Ini soal tadbir urus, mengurus negara itu harus dengan ketertiban, peraturan dan ke arah yang betul. 


"Jadi bila saya lihat umpamanya dilulus dengan spontan projek tebatan banjir, syarikat-syarikat dipertikai, beberapa persoalan tidak dijawab, saya minta ditangguhkan dan diteliti semula. Esok saya ke Kementerian Kewangan saya akan kaji dan itu benar, bukan fitnah. (Projek itu) memang diluluskan tetapi belum dilaksanakan kerana pilihan raya," katanya. 


Sebelum ini, media tempatan melaporkan Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan agar beberapa kelulusan projek tebatan banjir bernilai RM7 bilion tidak diteruskan kerana ia membabitkan kelulusan secara rundingan terus yang diluluskan sebelum ini. 


Khamis lalu, bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan dia tidak pernah menandatangani sebarang Surat Setuju Terima kepada mana-mana syarikat berhubung projek tebatan banjir. 


Tuan Ibrahim turut mempersoalkan jumlah peruntukan RM7 bilion yang hendak dikaji semula oleh Kerajaan Persekutuan seperti diumumkan Perdana Menteri, baru-baru ini berikutan peruntukan asal adalah RM15 bilion.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/n5oWxKA
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger