Home » , » Bakal pengantin melecur 70%, tong gas (LPG) tiba-tiba meletup semasa menggoreng ikan (11 gambar)

Bakal pengantin melecur 70%, tong gas (LPG) tiba-tiba meletup semasa menggoreng ikan (11 gambar)

shamsulazlan | 02:23 | 0 comments



Badan seorang wanita yang juga merupakan bakal pengantin berusia 26 tahun, melecur 70 peratus selepas tong gas petroleum cecair (LPG) meletup secara tiba-tiba semasa mangsa mahu menggoreng ikan di dapur rumahnya di Taman Sena Permai, Pokok Sena, jam 7.30 pagi tadi. 


Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek  Gelugor, Pegawai Bomba Kanan II, Mohamad Hazam Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.13 pagi lalu mengerahkan sepasukan anggota pergi ke lokasi. 


Tiba di lokasi, mereka mendapati seorang wanita mengalami kecederaan dan telah dibawa keluar oleh jirannya. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan. 


Letupan itu telah merosakkan keseluruhan struktur bangunan rumah teres dua tingkat tersebut. Selain itu, sebuah kereta dan motosikal yang diparkirkan di halaman rumah turut mengalami kerosakan. 















Sementara itu adik mangsa, Muhammad Azib Mohamad, sedang tidur di tingkat atas dan terjaga akibat dihempap runtuhan atap genting ekoran letupan tersebut. 


Sewaktu berusaha menyelamatkan diri, Azib terdengar jeritan isterinya di bawah yang memaklumkan tubuh kakaknya sedang terbakar. 


"Apabila saya turun, saya dapati isteri sedang membantu kakak menanggalkan pakaian di tubuhnya yang sedang terbakar. Kakak mengalami luka melecur hampir 70 peratus pada bahagian badan. 


"Pada waktu itu, kakak masih berada dalam keadaan sedar dan masih boleh berjalan. 


"Sebelum kejadian, kakak hendak menggoreng ikan. Sememangnya menjadi rutin harian kakak bangun dan memasak di waktu pagi sebelum bekerja dari rumah," katanya. 


Sumber: Berita Harian, Astro Awani



from The Reporter https://ift.tt/BVkPTpa
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger