Home » , » 'Pelekat OKU pengadu berbeza dengan versi dikeluarkan JPJ & Kerajaan Selangor' - MPKL jawab video viral driver OKU disaman

'Pelekat OKU pengadu berbeza dengan versi dikeluarkan JPJ & Kerajaan Selangor' - MPKL jawab video viral driver OKU disaman

shamsulazlan | 00:23 | 0 comments



Ahad lalu, seorang lelaki kategori Orang Kurang Upaya (OKU) mengadu dikompaun kerana meletakkan kenderaannya di petak khas bagi golongan OKU di Pantai Morib. 

Roslan Jajuli melalui video yang dimuat naik di TikTok mempertikaikan tindakan anggota penguatkuasa tempatan yang berbuat demikian, sedangkan dirinya adalah OKU dan kenderaannya juga mempunyai pelekat OKU. 


Baca: (Video) 'Aku kena saman sebab parking kereta di parking OKU' - Pengadu tuntut penjelasan MPKL


Menyedari video tersebut tular di media sosial, pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) tampil memberi penjelasan agar semua pihak faham mengapa tindakan itu dikenakan terhadap pengadu. 


"MPKL menerima aduan di lokasi menyatakan pelekat kenderaan OKU yang digunakan adalah meragukan. 


"Hal ini kerana terdapat individu bukan OKU dengan sewenang-wenangnya membeli pelekat kenderaan OKU di kedai hanya untuk menggunakan kemudahan parkir khas tersebut.


"Individu yang videonya tular di media sosial didapati telah menampal pelekat OKU berbeza daripada versi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kerajaan Selangor. 


"Demi memastikan petak parkir OKU tersebut tidak disalahgunakan, adalah menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengambil tindakan ke atas kenderaan yang didapati menggunakan Pelekat Kenderaan OKU yang meragukan," kata kenyataan dari MPKL pada Isnin. 


Bagaimanapun, pihak MPKL bersedia untuk mempertimbang dan membatalkan kompaun yang dikenakan sekiranya pengadu boleh mengesahkan dirinya adalah OKU berdaftar dengan Kebajikan Masyarakat (JKM). 


Selain itu, MPKL akan turut membantu Roslan untuk mendapatkan pelekat kenderaan OKU yang sah. 





Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Kuala Langat

from The Reporter https://ift.tt/cmjnD3A
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger