Foto Malaysia Gazette |
Dua lelaki dilaporkan maut dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Kilometer 27.7, susur ke Jalan Puchong dari Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pada awal pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam 3.50 pagi dan mengerahkan pegawai dan anggotanya ke lokasi kejadian.
Tiba di lokasi, polis mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish dan mangsanya merupakan dua lelaki tempatan.
Difahamkan, kereta itu dipandu oleh mangsa berusia 21 tahun dalam perjalanan ke Putrajaya dari Subang Jaya.
Malangnya, kereta yang dinaiki dua sekawan itu dipercayai hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang jalan di sebelah kiri lebuhraya yang mengakibatkan kedua-dua mangsa maut.
Pegawai Perubatan yang berada di lokasi mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Malaysia Gazette
from The Reporter https://ift.tt/DE6hgSc
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment