Home » , » Enggan mohon maaf, Sanusi sedia berjumpa dengan Anwar di mahkamah

Enggan mohon maaf, Sanusi sedia berjumpa dengan Anwar di mahkamah

shamsulazlan | 20:27 | 0 comments



Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bersedia berdepan dengan Anwar Ibrahim di mahkamah selepas Ahli Parlimen Tambun itu memfailkan saman terhadapnya atas tuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya. 


"Jumpa di mahkamah... kita kisahkan tentang sejarah," katanya dalam hantaran yang dimuat naik di Facebook malam tadi berserta dengan beberapa gambar dokumen peguamnya. 


Dalam dokumen itu menyatakan bahawa Sanusi tidak menafikan beliau ada menyebut kenyataan itu seperti mana yang dimuat naik semula oleh portal MalaysiaKini. 


Namun, sekiranya terdapat apa-apa olahan atau penambahan fakta, ulasan atau komen yang membawa kepada unsur fitnah, ianya dibuat oleh portal MalaysiaKini dan diluar kawalannya. 


Sanusi turut menafikan ucapannya pada 13 November 2022 adalah suatu ucapan berunsur fitnah. Tetapi berdasarkan fakta-fakta yang sememangnya telah berlaku dan diketahui umum. 


Justeru, Sanusi menafikan tuduhan Anwar dan yakin bahawa beliau mempunyai pembelaan yang bermerit di bawah undang-undang. 







Semalam, Anwar memfailkan saman terhadap Sanusi berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun', melalui Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah  Tinggi Alor Setar, Kedah. 


Dalam ucapan itu, Sanusi didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah di mana Anwar mendapat pengampunan Diraja melalui penipuan dan kekal tidak diampunkan serta telah memperdaya Yang di-Pertuan Agong, seorang pembohong, tidak boleh dipercayai, tidak beretika dan mengkhianati mandat rakyat. 


Akibat dari kenyataan fitnah itu telah menyebabkan Anwar dihina, dicemuh masyarakat, menjejaskan imej dan reputasi baiknya sebagai Presiden PKR, Pengerusi PH, Ahli Parlimen Tambun, Perdana Menteri ke-10 dan Menteri Kewangan Malaysia. 


Anwar menuntut Sanusi menarik balik kenyataan itu, memohon maaf, berjanji tidak akan mengulangi dan membayar ganti rugi terhadapnya. 


Sumber: Facebook Muhammad Sanusi Md Nor



from The Reporter https://ift.tt/C0TZcFw
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger