Tular di media sosial, luahan ketidakpuasan hati seorang wanita terhadap kualiti burger yang dibelinya dari salah sebuah cawangan restoran makanan segera di Balok, Pahang baru-baru ini.
Difahamkan, pengadu memesan hidangan burger, ayam goreng dan beberapa lagi hidangan lain. Namun, setelah membuat pembayaran berjumlah lebih dari RM60, dia terkilan dengan kualiti makanan yang diberikan dan membandingkan dengan kualiti makanan yang dijual peniaga jalanan jauh lebih baik daripada itu.
"Ini Colonel Burger Classic, harga RM7 lebih pastu korang tengok apa yang ada dalam ni. Serious la korang? Tujuh ringgit lebih macam ni? Malu dengan burger pasar malam tau. Macam ni kualiti korang sekarang ni?
"Macam ni korang jual walaupun tujuh ringgit lebih? Aku nak makan pun sedihlah. Korang tengok korang punya kualiti ayam. Eh malu la dengan Muiz Chicken. Kalau macam ni korang buat, ayam Muiz itu lagi nice dari korang. Kita beli kat cawangan Balok, Kuantan, Pahang.
"Dengan ayam macam ni, berapa kali goreng. Tengok, spicy ni. Macam ni ke? Korang malu la sikit dengan peniaga jalanan. Jangan sebab korang dah laku, macam ni kualiti. Bayar dah mahal-mahal, total benda ni RM60 lebih. Korang tolong share sampai diorang notice hal ini.
"Bukan nak complaint, nak diorang upgrade diorang punya servis. Bayar mahal-mahal, ini yang diorang bagi kat kami," katanya.
Sementara itu, netizen bersetuju dengan luahan wanita berkenaan dan mengakui perkara yang sama turut berlaku pada mereka.
"Terima kasih kak kerana suarakan isi hati saya. Memang low quality recently. Favourite sepanjang zaman kot, memang boleh detect quality level drop. Next time nak record video jugalah," kata Nur Anne Nasuha.
"Kalau cengginilah rupa burger restoran tiga huruf ni, aku prefer burger tepi jalan je lah. RM7 tu boleh dapat burger double special!" kata Norsiah.
Sumber: TikTok Kakoks.dodol.toksewah
from The Reporter https://ift.tt/HuXnsc3
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment