Tular di media sosial beberapa klip video yang mendakwa berlakunya fenomena salji di Gunung Kinabalu, Sabah, menarik perhatian netizen.
Lapor media tempatan, fenomena itu berlaku kira-kira tiga minit di Sayat-Sayat sehingga ke puncak Gunung Kinabalu di Kilometer 8.72.
Fenomena itu sempat dirakam oleh pelatih laluan, Via Ferrata, Hajiri Sulumin, 47, yang menurutnya kejadian itu berlaku secara spontan tetapi hanya dalam tempoh singkat sahaja.
Jelas Hajiri, strukturnya memang salji tetapi bukan seperti ketulan air yang biasa dilihat ketika berada di puncak Gunung Kinabalu.
"Ia memang salji seperti kepingan ringan. Kalau ketulan ais, ia berat. Ada ramai pendaki ketika itu dan saya terpaksa menunggu mereka lebihlama sedikit kerana pendaki yang lain sedang menyaksikan kehadiran salji di atas puncak," katanya.
Kejadian itu bukanlah pertama kali berlaku kerana fenomena yang sama pernah berlaku pada 2018.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/bz5IYtB
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment