Home » , » Bayi 4 bulan melecur akibat terkena minyak panas gara-gara ibu bapanya bertengkar

Bayi 4 bulan melecur akibat terkena minyak panas gara-gara ibu bapanya bertengkar

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments


Seorang bayi berusia empat bulan dikejarkan ke Hospital Melaka selepas terkena curahan minyak panas dalam kejadian di Semabok, semalam. 


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.30 petang itu dan pasangan suami isteri berkenaan sedang bertengkar. 


"Laporan awal diterima, orang awam memaklumkan ada pergaduhan suami isteri yang mana anaknya disimbah air panas. Suspek bagaimanapun mengaku bayinya terkena minyak panas," katanya. 


Mangsa masih dirawat di hospital dan ditempatkan di Zon Kuning, manakala bapanya berusia 24 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut. 


Kejadian itu turut dikongsi oleh ADUN Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem, yang menerima maklumat daripada rakannya. Beliau menasihatkan golongan suami tidak mengambil tindakan di luar batasan agar kejadian seperti itu tidak berlaku. 


"Kalau dah teruk sangat angin gaduh tu, yang lelaki ini angkat kaki blah dulu. Duyong ni macam-macam kedai makanan ada. Makan kenyang-kenyang, hati dah sejuk baru balik rumah. 


"Kalau takde duit nak makan, call saya di 013-3798676. Nanti saya adjustkan duit makan itu. Ini tidak, keluar sejukkan hati itu punya pasal, anak jadi mangsa dengan minyak panas. Sibat tul," tulisnya di Facebook. 


Sumber: Astro Awani, FB ADUN Duyong



from The Reporter https://ift.tt/LhI5xUA
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger