Hi, selamat malam. Hari ini saya nak berkongsi cerita. Terpulanglah sama ada nak kata cerita saya ini tak masuk akal atau sebaliknya. Tetapi inilah yang terjadi di antara saya dengan seorang sahabat yang mungkin akan terbaca perkongsian ini.
Ceritanya begini:
Satu hari itu, kawan saya tiba-tiba datang bertanya kepada saya, "Kak, kakak boleh bercakap dengan orang yang sudah meninggal, kan?"
Ya, saya memang ada kelebihan ini sebenarnya tetapi bercakap atau panggil orang yang sudah tiada di dunia ini belum pernah dicuba. Kalau bercakap dengan suara ghaib, itu saya pernah lakukan.
Kawan saya cerita bahawa ada seorang sahabat lelaki iaitu satu sekolah dengannya, baru-baru ini telah meninggal dunia. Yang sedihnya sebelum lelaki itu meninggal, diorang ada bersembang dalam aplikasi chat. Tetapi di hujung chat itu macam tergantung sebab lelaki itu terbabit dalam kemalangan dan meninggal dunia.
Jadi, kawan saya ini beritahu pagi itu dia seperti terdengar orang bermain bola keranjang di luar rumah dia. Di tempat kerja pula, barang secara tiba-tiba terjatuh sendiri dan hal ini berlaku di depan matanya. Barang yang terjatuh itu seperti ada tangan yang sengaja menjatuhkannya.
Jadi, dia bertanya kepada saya, adakah dia menjadi seperti itu kerana terkesan dengan pemergian sahabatnya sehingga terdengar bunyi pelik di luar rumahnya? Katanya, sahabat dia itu dulu pemain bola keranjang semasa di sekolah.
Oleh kerana masa itu saya agak sibuk, jadi saya beritahu dia "Nanti kita buat". Dalam kesibukan bekerja itu, saya terdengar seperti ada suara lelaki menangis. Tetapi saya tidak terfikir yang itu adalah roh sahabat saya. Saya tanya, mengapa kau menangis? Roh itu tidak menjawab, dia hanya menangis sahaja. Saya abaikan tetapi saya rasa dia sebenarnya mahu berhubung secara bertentangan mata.
Bila saya rasa seperti itu, saya bertanya kepada kawan saya tentang kehidupan lelaki itu semasa hidup. Memang banyak cerita yang sedih dan paling menyedihkan, roh ini banyak menangis.
Saya menjadi penghubung di antara kawan saya dan roh sahabatnya. Seperti dia duduk di sebelah saya sambil bercerita. Banyak yang dia mahu cerita, tetapi saya tidak dapat dengar. Hanya bila kawan saya bertanya soalan, baru saya dapat baca apa yang roh sahabatnya itu cakap dan sampaikan kepada kawan saya.
Dalam satu hari itu, roh sahabat kawan saya 'melawat' dia. Kalau tak bercerita, dia akan berdiri di sebelah kawan saya sambil memerhatikan dia buat kerja. Dalam masa sama roh itu ada beritahu yang dia nak 'balik'. Tetapi setiap kali itu juga dia akan menangis dan saya terpaksa memujuk dia.
Untuk menghantar roh sahabat kepada kawan saya ini, saya buat upacara yang memang saya sendiri tidak terfikir pun. Disebabkan connection batin saya dengan roh amat dekat, saya gunakan badan saya jadi perantara.
Di satu sudut, saya dan kawan saya duduk bertafakur. Tiba-tiba badan saya bergegar, saya menangis. Memang saya sedar pada waktu itu tetapi tidak dapat melakukan apa-apa. Saya menangis dan meraung seperti lelaki dewasa yang menangis, bercucuran air mata sehingga membasahi muka.
Kawan saya pun turut menangis sebab dia tahu roh sahabatnya ini akan balik. Dia peluk saya seperti memeluk sahabatnya. Roh itu sempat memanggil nama kawan saya dengan bahasa roh yang saya terjemahkan begini,
"Saya balik dulu. Sampai jumpa lagi.."
Selepas selesai upacara itu, saya terbangun dan melihat mata kawan saya kemerah-merahan kerana menangis.
Tidak lama selepas itu, saya terdengar ada suara yang memberitahu saya, kalau saya buat upacara itu lagi, umur saya dipendekkan. Ya, sebab saya sudah dikira mencampuri urusan antara orang yang hidup di dunia dengan orang yang sudah pergi buat selamanya.
Keesokkan harinya saya sakit. Tetapi memang perkara biasa bagi saya kalau terlampau menggunakan kelbihan itu, lebih-lebih lagi kalau terlalu banyak menggunakan tenaga. Setakat ini hanya dua kali sahaja saya pernah memanggil roh yang telah meninggal dunia. Bezanya, orang yang baru meninggal dunia lebih senang dipanggil berbanding yang telah lama pergi. Kejadian itu juga membuatkan saya serik sebab selepas buat, saya terus jatuh sakit.
Ada part yang saya rasa lucu. Keesokkan harinya saya terdengar suara perempuan pula menangis. Macamlah saya tidak tahu yang itu adalah suara cik pon menangis. Entah apa yang dia mahu, macam mintapuji pula. Malas nak layan.
Sumber: Tidak Diketahui
from The Reporter https://ift.tt/SwTXg8r
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment