Home » , » 'Dasar pengkhianat buruh!' - Lelaki ini kerja 12 jam sehari sepanjang bulan dipuji majikan, tetapi dikecam netizen

'Dasar pengkhianat buruh!' - Lelaki ini kerja 12 jam sehari sepanjang bulan dipuji majikan, tetapi dikecam netizen

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments


Seorang lelaki di China mendapat penghargaan dan pujian majikannya kerana bekerja 12 jam sehari dalam tempoh 30 hari, mencetuskan kontroversi masyarakat di negara itu. 


Pada 18 Februari lalu, gambar papan iklan yang menunjukkan pekerja cemerlang di sebuah syarikat di Zhengzhou, Henan tular di media sosial sehingga mencetuskan perdebatan hangat di kalangan warga maya. 


Papan iklan itu memuji lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Xue Lintao, yang bekerja 12 jam sehari dalam tempoh 30 hari dan secara tidak langsung mencetuskan kebimbangan di kalangan pekerja baru dan lama. 


Ini kerana pihak syarikat akan menjadikan kecemerlangan Xue Lintao sebagai alasan untuk meningkatkan pengeluaran syarikat, menjimatkan wang majikan dalam membiayai kos pekerja dan penggunaan peralatan. Bukan sahaja tidak menjadikan Xue Lintao sebagai contoh yang baik untuk diikuti, malah netizen menganggap Xue Lintao sebagai pengkhianat yang akan menyebabkan mereka terpaksa bekerja lebih masa. 


Sehari selepas gambar itu tular di media sosial, Xue Lintao tampil menjelaskan bahawa tiada sesiapa yang memaksa dia bekerja selama 12 jam sehari, malah dia melakukannya secara sukarela kerana gajinya dikira berdasarkan jumlah jam bekerja. 


Disebabkan dia mahu mencari wang lebih, maka dia perlu bekerja lebih masa. Selain itu, pekerjaan dia tidak memerlukan dia hadir ke tempat kerja setiap masa dan tugas yang diberi kepadanya juga tidak begitu rumit. 


Tambahnya lagi, majikan membenarkan dia mengambil cuti mengikut kemahuannya dan dia mempunyai cuti bergaji selama seminggu bagi setiap suku tahun. Xue Lintao juga menolak dakwaan bahawa dia telah diekploitasikan oleh majikannya. 


Malangnya penjelasan Xue Lintao itu tidak meredakan kemarahan netizen yang tetap menganggap dia sebagai pengkhianat buruh sehingga ada yang mempersoalkan berapa banyak kematian yang akan berlaku akibat kerja lebih masa seperti yang cuba ditunjukkan oleh Xue Lintao. 


Meskipun tidak mendapat sokongan di media sosial, seorang profesor universiti sosiologi berkata Xue Lintao adalah contoh kakitangan berdedikasi dan bekerja keras yang harus dikagumi. Sesebuah syarikat itu harus dikritik jika memaksa kakitangannya bekerja lebih masa tetapi jika itu adalah keputusan pekerjanya sendiri, maka ia harus dipuji. 


Menariknya, Xue Lintao juga dinobatkan sebagai pekerja terbaik syarikat itu pada 2021. 


Sumber: Oddity Central



from The Reporter https://ift.tt/UpHtaOF
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger