Home » , » 'Ini bukan konspirasi 'KJ' nak menafikan Hari Raya' - KJ tampil nafi dakwaan rakyat, juga beri lampu hijau untuk PRN Johor

'Ini bukan konspirasi 'KJ' nak menafikan Hari Raya' - KJ tampil nafi dakwaan rakyat, juga beri lampu hijau untuk PRN Johor

shamsulazlan | 06:23 | 0 comments


Peningkatan jumlah kes Covid-19 mendadak sejak beberapa hari lalu ternyata mengusarkan banyak pihak terutama orang awam yang telah menyimpan untuk menyambut perayaan Hari Raya pada Mei akan datang. Sehingga ada yang mendakwa ini semua adalah konspirasi kerajaan untuk menidakkan sambutan perayaan tersebut. 


Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin tampil menafikan dakwaan liar itu dan menegaskan gelombang varian Omicron bukanlah konspirasi tetapi ia adalah masalah yang dihadapi di negara-negara lain termasuk Eropah. 


"Gelombang Omicron ini bukanlah hanya berada di Malaysia sahaja, bukanlah konspirasi 'KJ' untuk menafikan Hari Raya lagi. Namun, ia sebenarnya telah kena di semua negara. Singapura melaporkan lebih 13,208 kes baharu jangkitan Covid-19 pada 4 Februari 2022, tiga kali ganda berbanding hari sebelumnya. 


"Pada 5 Februari 2022, Korea pula melaporkan kes harian sebanyak 38,670 kes, Indonesia 33,729 kes, Thailand 10,879 kes, Filipina 7,469 kes, Australia 22,985 kes dan Jepun 102,275 kes," katanya. 


Malaysia hari ini mencatatkan 11,034 kes baharu Covid-19 berbanding semalam, hanya 10,089 kes menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 2,925,254. 


Dalam pada itu juga, Khairy menjelaskan kementeriannya memberi lampu hijau kepada Johor untuk melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN). KKM juga telah memuktamadkan serta mengemukan syor prosedur operasi standard (SOP) kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan seterusnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). 


Lampu hijau itu diberi berdasarkan penilaian KKM bahawa Omicron setakat ini tidak menunjukkan kesan yang sangat teruk berbanding Delta. 


Sementara itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap KKM dan SPR tidak menetapkan SOP berkempen yang terlalu ketat pada PRN Johor bagi memudahkan calon dan parti yang bertanding. 


Menurut Muhyiddin, SOP yang ditetapkan pada PRN Melaka sebelum ini telah menyebabkan jentera kempen parti bertanding tidak dapat melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. 


"Sebagai contoh calon nak bertanding, tapi dia tak boleh pergi jumpa sesiapa. Macam mana pengundi nak tengok perwatakan, tutur kata, bahasa (calon)? Orang nak menilai dan memilih wakil rakyat, bukan senang." katanya. 


Sumber: Astro Awani



from The Reporter https://ift.tt/IbMhlkg
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger