10 Februari lalu, pelakon Wan Sharmila, 40, menafikan dirinya sebagai wanita yang dipeluk oleh anak perempuan tunggal pasangan Shuib dan Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
Menurut Wan Sharmila, dia sendiri terkejut kerana tidak dinafikan wanita 'misteri' dalam video tersebut mirip dengan dirinya. Tetapi dia tetap menafikan wanita itu adalah dirinya.
17 Januari lalu, Shuib menafikan dirinya bercinta dengan usahawan Datuk Seri Vida dan mengatakan dia sedang berkawan berkawan dengan seseorang tetapi enggan didedahkan identitinya.
Dalam laporan Harian Metro semalam, Wan Sharmila berkata dia teruja dapat meluangkan masa bersama dengan anak perempuan pasangan berkenaan iaitu Dzahira Talita Zahra.
Dia juga memuji keperibadian kanak-kanak berusia 9 tahun itu sebagai seorang yang sopan santun dan menghormati orang yang lebih tua.
"Ini kali pertama saya berjumpa dengan Talita. Alhamdulillah semua dipermudahkan dan akhirnya saya dipertemukan juga dengannya. Dia seorang anak yang baik, pandai menghormati orang dan pandai buat orang gelak dengan aksi bersahajanya.
"Sama seperti yang saya kongsikan di Instagram. Alhamdulillah Talita sudi berkawan dengan saya dan kami serasi bersama. Seronok rasanya dapat meluangkan masa bersama," katanya.
Wan Sharmila bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan itu kerana bimbang ada pihak yang salah faham. Sebaliknya dia meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik kepada diri dia dan Talita sekeluarga.
from The Reporter https://ift.tt/X9QDFBd
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment