Home » , » 'Pembantu rumah warga Indonesia diberi layanan lebih baik di Singapura, berbanding Malaysia' - Duta Besar Indonesia

'Pembantu rumah warga Indonesia diberi layanan lebih baik di Singapura, berbanding Malaysia' - Duta Besar Indonesia

shamsulazlan | 19:29 | 0 comments


Duta Besar Indonesia, Hermono dalam temubualnya bersama Free Malaysia Today mendedahkan, pembantu rumah warga Indonesia di Malaysia banyak menerima layanan buruk dari majikan berbanding di negara Singapura yang boleh dikatakan hampir tiada kes sedemikian dilaporkan. 


Menurut Hermono, ada banyak kes pembantu rumah dipaksa bekerja selama bertahun-tahun tetapi tidak dibayar gaji, malah ada yang bekerja dalam keadaan seperti itu lebih sedekad. Majikan memberi alasan yang mereka telah menanggung kos makan minum harian dan membenarkan pembantu rumah tinggal di kediaman mereka. Selain itu, terdapat kes dokumen pengenalan diri pembantu rumah dirampas, tidak dibenarkan cuti dan ada yang terbabit dalam kes dera. 


"Ini adalah contoh perhambaan atau buruh paksa zaman moden. Kita juga ada pembantu rumah di Singapura, Hong Kong dan Taiwan, tetapi tiada masalah serius seperti di Malaysia. Jadi kenapa kita ada masalah ini di sini? 


"Ramai pembantu rumah Indonesia berdepan cabaran dalam melaporkan nasib mereka kepada kedutaan atau konsulat jeneral, atau tidak dapat lari daripada majikan mereka kerana telah diberi amaran akan ditangkap polis sekiranya melarikan diri, atau Imigresen akan menghantar mereka ke depot. Ancaman seperti ini adalah unsur buruh paksa. 


"Setakat tahun ini sahaja, pihak kedutaan telah campur tangan dalam 16 kes pembantu rumah yang dieksploitasi dan membantu pemulangan gaji tidak dibayar sebanyak lebih RM300,000. Tahun 2021, Kedutaan Indonesia telah membantu 206 kes dengan lebih RM2 juta dibayar oleh majakan. 


Justeru, Hermono berharap memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Indonesia mengenai pembantu rumah warga Indonesia segera dimuktamadkan. MoU tersebut perlu dibuat bagi melindungi pembantu rumah warga Indonesia dengan lebih baik melalui sistem satu saluran yang akan dikawal oleh Indonesia, termasuk membolehkan mereka menjejaki keberadaan pekerja dan terus berkomunikasi dengan mereka. 


Sistem gaji secara online turut dicadangkan agar pihak berkuasa Indonesia dapat memantau sama ada pembantu rumah dibayar atau tidak. Jika majikan tidak berbuat demikian, mereka boleh menghubungi majikan melalui agensi dan bertanya mengapa mereka tidak membayarnya. 


Sumber: Free Malaysia Today



from The Reporter https://ift.tt/yHS7N2U
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger