Usahawan Safiey Ilias dilaporkan akan berhijrah ke Krung Thep Maha Nakhon (Bangkok), Thailand untuk memulakan kehidupan baharu susulan tindakannya menjual semua aset mewah yang dimilikinya baru-baru ini.
Nama sebenar Mohd Saifuddin Ilias, 26, berkata itu adalah antara perancangannya untuk memulakan kehidupan yang lebih baik dan dia enggan mengambil pusing mengenai kata-kata orang.
"Macam dikatakan sebelum ini, saya mahu menjual semua aset adalah untuk memulakan sesuatu yang baharu. Saya ingin bermula semula dari bawah. Tidak kisahlah orang nak kata apa sekalipun.
"Soal dikatakan berhijrah ke Bangkok, bagi saya ini adalah pilihan dan dirasakan terbaik. Kita tidak tahu mungkin rezekisaya di sana pula. Lagi pula tidak salah untuk ita mencuba sesuatu yang baharu," katanya.
Safiey juga memanjatkan rasa bersyukur dan terharu kerana ada netizen yang memberi sokongan dan mendoakan urusannya dipermudahkan.
"Terharu sangat. Semoga asbab dahulu Allah bagi peluang sekali lagi untuk saya berniaga dan bangkit semula. Dulu saya tak sedar sangat perkarai ni. Tapi bila dalam situasi sekarag, dapat komen macam ini pun rasa tersentuh dan bersyukur sangat.
"Bersyukur dapat bantu orang menjana pendapatan. Terima kasih semua. Segalanya adalah pengalaman, kita tidak pernah kalah, kita belajar sesuatu," katanya.
Dalam kemaskini terbarunya di Instagram, Safiey yang memuat naik laporan dari Harian Metro itu, menafikan dakwaan berpindah ke Bangkok kerana dia masih sayangkan Malaysia dan ibu bapanya.
Tindakan Safiey menjual kesemua aset-aset mewahnya juga menimbulkan pertanyaan banyak pihak apakah usahawan itu hampir muflis sehingga terpaksa berbuat demikian. Safiey bagaimanapun menjelaskan, dia tidak kisah dengan apa yang orang kata mengenainya kerana mulut orang tak dapat dibendung.
"Saya sebenarnya tak kisah pun orang nak kata saya muflis ke apa, mulut orang kita tak boleh nak tutup kan. Bagi saya, semua orang dilahirkan pandai. Tiada yang dilahirkan bodoh. Kalau bodoh, takkan kita pernah menjadi kaya atau berjaya dalam pencapaian kita yang berbeza? Kalau saya bodoh, takkanlah saya pernah menjadi jutawan?
"Bila kita kaya, kita akan didatangi orang yang merah mata, kaki ampu, pengikis, orang yang offer investment itu ini dengan pelbagai skim cepat kaya. Belum lagi dengan kawan-kawan yang menumpang kekayaan dan populariti.
"Andai kita jatuh nanti, kita pasti akan tersangkut. Hari ini saya sedar, yang membuatkan saya tersangkut sebenarnya pengalaman lampau yang saya kesali. Saya tersangkut dalam emosi, sangkut dengan kawan-kawan c****, dipergunakan, musuh yang suka memfitnah sana sini, pesaing yang cuba menjatuhkan kita. Belum dicampur dengan pengalaman percintaan kita, kena tipu, dikhianati staf dan macam-macam.
"Benda ini yang membuatkan kita menjadi bodoh dan tiada tenaga. Percayalah kita pandai, kita pernah naik, walau kita jatuh pasti boleh naik balik. Apa yang sudah berlaku akan menjadi panduan hidup supaya kita tak salah langkah seperti dulu. Sampai bila nak sakit dan buat kesalahan yang sama?" ujarnya.
Sumber: Instagram Safiey Ilias
from The Reporter https://ift.tt/23xv0qZ
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment