Home » , » Anak tetak leher ibu tiri sampai putus di ruang tamu

Anak tetak leher ibu tiri sampai putus di ruang tamu

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments


Seorang wanita warga emas berusia 54 tahun ditemui mati dalam keadaan lehernya terputus, dipercayai ditetak oleh anak tirinya menggunakan parang. 


Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian itu berlaku di Kampung Dalam Senduk, Jerek pada jam 4.55 petang. 


Siasatan awal mendapati, suspek berusia 39 itu merupakan pesakit mental dan juga penagih dadah. Suspek telah datang menyerah diri di Balai Polis Bertam selepas kejadian itu dan memaklumkan dia membunuh ibu tirinya menggunakan parang di ruang tamu rumahnya.


Pemeriksaan di lokasi kemudian menemukan mayat mangsa berlumuran darah dengan lehernya terputus akibat ditetak suspek. 


Polis merampas parang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti punca kejadian sama ada berlaku pargaduhan atau sebaliknya. 


Mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/l6fWand
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger