Home » , » (Video) 'Betullah orang cakap, anak tak boleh pilih bapak' - Demi content, bapa sanggup bahayakan nyawa anak buat aksi 'willy'

(Video) 'Betullah orang cakap, anak tak boleh pilih bapak' - Demi content, bapa sanggup bahayakan nyawa anak buat aksi 'willy'

shamsulazlan | 01:22 | 0 comments


Tindakan seorang lelaki melakukan aksi ‘willy’ semasa menunggang motosikal sambil membawa anaknya bersama, dikecam oleh netizen yang menganggapnya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab. Video yang mula viral di media sosial sejak semalam, tidak dinyatakan masa dan lokasi sebenar kejadian. 


Di awal rakaman video tersebut, kedengaran si rakan meminta dia melakukan aksi berbahaya itu. Dia pada awalnya menolak permintaan tersebut kerana membawa anak bersama. Setelah diminta berulang kali melakukan aksi tersebut, akhirnya dia akur dan bersedia melakukannya. 


Dalam masa yang sama, anaknya kelihatan sudah mula menangis ketakutan. Tangisan kanak-kanak itu tidak dipedulikan dan si bapa melakukan aksi willy berulang kali tanpa menghiraukan keselamatan anaknya semata-mata mahu meraih perhatian di media sosial.


Menurut netizen lagi, pemakaian telekung anaknya juga dilkhuatiri boleh mengundang bahaya sekiranya kain telekung itu termasuk ke bahagian rim tayar, berisiko menyebabkan dua beranak itu mengalami kemalangan maut. 



Bukan itu sahaja, netizen turut mmempertikaikan si bapa tidak mengutamakan keselamatan anak sendiri kerana tidak memakaikan topi keledar kanak-kanak pada anaknya. 


Sehubungan itu, netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penunggang motosikal terbabit dan juga perakam video yang jelas sekali melakukan kesalahan. Tambah netizen, sekiranya kejadian ini berlaku di luar negara, hak penjagaan kanak-kanak berkenaan secara automatik akan dilucutkan dari bapanya. 


Sumber: MyWatch



from The Reporter https://ift.tt/hB3CpSc
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger