Home » , » (Video) Kayu chopstick 8 inci tertusuk di mulut budak & hampir tembus, ketika sedang makan epal

(Video) Kayu chopstick 8 inci tertusuk di mulut budak & hampir tembus, ketika sedang makan epal

shamsulazlan | 01:24 | 0 comments


Seorang kanak-kanak lelaki di China nyaris maut setelah kayu penyepit makanan atau 'Chopstick' tertusuk di tekaknya dalam satu kemalangan yang tidak dijangkakan. 


Mangsa yang dikenali sebagai Lin Lin, berusia dua tahun itu terdahulu sedang makan buah epal menggunakan chopstick kayu sambil menunggang basikal. Namun, mangsa dikatakan hilang keseimbangan diri lalu terjatuh. 


Chopstick tersebut tertusuk di tekaknya dengan begitu dalam sehingga doktor dapat melihat hujung chopstick itu yang menonjol di belakang leher mangsa di bawah kulitnya. 


Lin Lin bagaimanapun berjaya dan diselamatkan dan kini sedang pulih dengan rawatan susulan dari pihak hospital di Nanjing, timur China, setelah menjalani pembedahan kecemasan. 


Difahamkan, kejadian itu berlaku pada 29 November 2020 ketika mangsa sedang dijaga oleh neneknya di rumah, lapor media tempatan Modern Express. 


Ketika mangsa sedang menunggang basikal, dia diberi oleh neneknya sepotong buah epal sebagai snek, yang dicucuk pada chopstick agar mangsa dapat makan buah tersebut tanpa perlu membasuh tangannya. 


Semasa neneknya tidak memberi mengawasinya, Lin Lin keluar dari bilik dengan basikal mainannya sambil makan buah epal itu dan tiba-tiba hilang keseimbangan lalu terjatuh di lantai menyebabkan chopstick tertusuk di dalam mulut. 


Mangsa dikejarkan ke Hospital Kanak-Kanak Nanjing di mana doktor pesakit muda itu menggunakan imbasan CT.



Gambar x-ray menunjukkan kayu chopstick berukuran 20 sentimeter panjang itu tidak menusuk saluran makanan dan pernafasannya. Pun begitu, ia masih boleh merosakkan beberapa bahagian lain semasa operasi pembedahan yang menyebabkan pendarahan dan mengancam nyawa. 



Lin Lin segera dijadualkan untuk menjalan pembedahan kecemasan untuk mengeluarkan chopstick tersebut. Selesai menjalani pembedahan, mangsa dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Bedah untuk pemerhatian. 



Setelah seminggu kemudian, mangsa dilaporkan pulih dan kembali menjalani diet normal. Pihak hospital juga memberi amaran kepada ibu bapa agar sentiasa mengawasi anak masing-masing dan tidak membiarkan mereka bermain dengan benda tajam terutamanya ketika mereka sedang makan. 


Sumber: Agensi



from The Reporter https://ift.tt/3nbrgLv
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger